Makan

28 Studio KL: Kopi, Seni & Komuniti Dalam Satu Ruang

Share

Kini ada satu lagi port wajib singgah buat penggemar kopi dan pencinta seni.Terletak di Taman Setapak Indah, 28 Studio KL bukan sekadar sebuah kafe biasa – ia merupakan ruang inspirasi yang menggabungkan kopi, seni visual, studio foto layan diri dan ruang komuniti dalam satu tempat yang unik dan penuh gaya.

ELEMEN ESTETIK

Diperindahkan dengan elemen kayu dan sentuhan seni hasil idea pemiliknya sendiri, 28 Studio KL tampil sebagai simbol permulaan baru, bukan saja untuk pemiliknya, Qistina Batrisyia, malah untuk setiap pelanggan yang datang mencipta memori di sini.

“28 Studio KL ialah kafe yang lahir daripada impian yang kini menjadi kenyataan. Ia dicipta sebagai ruang untuk orang ramai berhubung, berkongsi momen dan menikmati secawan kopi yang disediakan. ‘28’ membawa makna permulaan baharu bagi saya dan ayah dan saya berharap ia turut menjadi sumber inspirasi kepada setiap pelanggan yang melangkah masuk,” ujar Qistina.

Menariknya, keseluruhan interior kafe ini direka oleh ayah Qistina sendiri, Ahmad Nizam Mansjur, yang juga pemilik syarikat Kayuk Sdn Bhd. Seluruh ruang kafe ini menampilkan elemen kayu, pencahayaan semula jadi dan estetika moden yang membangkitkan rasa intimasi yang menenangkan jiwa.

Sempena pembukaan rasmi, 100 pelanggan pertama berpeluang memutar papan roda untuk memenangi hadiah misteri eksklusif, sebagai satu bentuk penghargaan kepada komuniti yang hadir menyokong hari bersejarah ini.

Turut kelihatan di acara ini adalah beberapa nama dikenali dalam dunia seni visual dan media sosial. Antaranya pelukis kontemporari seperti Univorso, PocketQa, SITIS, Arif Khan dan Nazrul Jalil di mana karya mereka menghiasi dinding-dinding kafe, menjadikannya seperti galeri mini yang hidup. Para tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar di sudut khas bertemakan semangat permulaan baharu, yang selari dengan visi 28 Studio KL.

Pelancaran ini turut menerima kehadiran rakan strategik, Dzili Empire, yang memainkan peranan penting dalam pemasaran dan pembangunan jenama 28 Studio KL. “Kami sangat bangga dapat menyokong projek yang bukan saja cantik secara visual, tetapi mempunyai nilai komuniti yang kuat,” ujar Dzili. Sementara itu, menu minuman seperti Matcha Pinkzz (Strawberry Matcha) menjadi pilihan utama.

28 Studio KL bukan hanya destinasi santai, tetapi juga ruang yang boleh ditempah untuk pelbagai acara kecil; termasuk studio layan diri dan ‘28 Den’ untuk sesi eksklusif. Kafe ini adalah mesra kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur. 28 Studio KL memperkenalkan konsep ruang santai yang menggabungkan elemen seni, kopi dan komuniti; menjadikan setiap kunjungan sebagai pengalaman yang lebih daripada sekadar minum kopi

LOKASI :

9-1, Jalan 2A/6, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI :

12pm- 1 am ( setiap hari)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri