Datin Balqish Banu Mohd Hussni,  isteri pengasas  VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk  Azril Mohd Radzi sanggup belajar masak dengan ibu serta ibu mentua untuk  suami tercinta.  Hasilnya kini, Datin Balqish tidak lagi kekok di dapur memasak. Tambahan pula  Datuk Azril jenis suami yang suka makan di rumah. Sebab itulah bila ada kesempatan waktu tengahari beliau lebih selesa makan tengahari di rumah, biarpun menu ringkas asalkan air tangan isteri.

3 Air Tangan Datin Balqish Kegemaran Datuk Azril.

Ibu dan mentua sifu masak Datin Balqish

Cerita Datin,suaminya tidak cerewet dalam bab makan. Makanan kesukaan  beliau  adalah masakan tradisional Melayu, dari lauk pauk hinggalah pemanis mulut. Semuanya suka dan buah wajib ada.

Anda yang ingin mencuba menu kegemaran Datuk Azril, berikut Datin Balqish kongsikan  tiga resipinya, iaitu Ayam Sambal, Kurma Daging, Jelatah, Puding Sagu dan buah. Tampak ringkas namun sangat menyelerakan.

3 Air Tangan Datin Balqish Kegemaran Datuk Azril.

AYAM SAMBAL MERAH

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih
  • 5 sudu makan  pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas  bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
  6. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
  8. Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato

3 Air Tangan Datin Balqish Kegemaran Datuk Azril.

KURMA DAGING BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar
  • 3 biji kentang | belah 4
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 liter santan
  • 2 biji bawang besar | belah 6
  • 2  biji tomato | belah 6
  • 3 biji cili hijau | belah dua
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN REMPAH RATUS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 3cm halia
  • 2 cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
  4. Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
  5. Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
  6. Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
  8. Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
  9. Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.

3 Air Tangan Datin Balqish Kegemaran Datuk Azril.

PUDING SAGU WARNA WARNI

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1/2 cawan  sagu mata ikan warna merah
  • 1/2 cawan sagu mata ikan warna hijau
  • 1/2 cawan sagu mata ikan warna putih
  • 3 cawan air | untuk merebus

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 1 liter santan
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

BAHAN KUAH GULA MELAKA:

  • 1 cawan air
  • 2 ketul gula Melaka
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan satu cawan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu warna putih yang telah dicuci di bawah air mengalir. Kacau rata hingga sagu menjadi jernih.
  2. Lakukan cara yang sama untuk sagu warna merah dan hijau. Sejukkan dalam bekas berasingan.
  3. Untuk menyediakan santan. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan dan secubit garam.
  4. Renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau. Setelah mendidih tutup api.
  5. Akhir sekali sediakan air gula. Masukkan air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan dalam periuk.
  6. Renehkan atas api sederhana sehingga gula hancur.
  7. Setelah masak tapiskan dalam mangkuk.
  8. Untuk menyediakannya,sudukan sagu pelbagai warna dan masukkan dalam mangkuk.
  9. Tuangkan santan dan air gula, kemudian sedia dihidangkan.

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI