3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

Share

Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin

Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .

Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam

1. CHEESE CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 250gm gula ising
  • 2 sudu makan susu pekat

BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:

  • 125gm tepung tinggi protein
  • ½ sudu kecil garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm air

CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.

2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.

4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian

balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.

6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.

10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.

11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.

12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.

Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar

PUFF BEBOLA AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 40 biji bebola ayam
  • 20 batang lidi pencucuk

BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:

  • 125gm tepung tinggi protein
  • ½ sudu kecil garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm air

CARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.

3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.

5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan

doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.

9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.

10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.

11. Hidangkan bersama sos dan mayones.

Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar

PUFF PIR

BAHAN-BAHAN:

UNTUK PASTRI PUFF:

  • 125 g tepung tinggi protein
  • ½ sudu teh garam
  • 15gm marjerin
  • 70gm pastri marjerin
  • 65gm Air

BAHAN UNTUK INTI PIR:

  • 50gm gula perang
  • 50gm air
  • 1 biji pir |potong dadu kecil
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.

2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.

3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.

4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.

5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.

6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.

7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.

9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.

10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.

11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.

12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.

13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.

Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis
Cara memasak: Bakar

Published by
Faridah Talib