Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan yakni kulit telur, kulit bawang dan teh sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.

Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan dapur ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.

Serbuk teh

3 Bahan Dapur Ini Selalu Kita Buang, Tapi Sebenarnya Sangat Berguna Untuk Tanaman

Ads

Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.

Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.

Kulit telur

3 Bahan Dapur Ini Selalu Kita Buang, Tapi Sebenarnya Sangat Berguna Untuk Tanaman

Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.

Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.

Ads

Kulit bawang

3 Bahan Dapur Ini Selalu Kita Buang, Tapi Sebenarnya Sangat Berguna Untuk Tanaman

Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.

Ads

Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Alin Lin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI