Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Ads
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Ads
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Mudahkan! Sekarang anda boleh manfaatkan tip ini.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya. Tapi jangan risau ada cara untuk pastikan sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
*CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.
Sayur hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika disimpan lama di dalam peti sejuk. Jika dibeli, dalam 2-3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik. Jika tidak layu, sayur ini akan menjadi kekuningan dan rasa tidak enak jika dimasak dan dimakan.
Bagi anda yang suka membeli sayur-sayuran untuk sajian keluarga dalam tempoh seminggu, petua ini anda boleh cuba. Apa yang perlu anda lakukan adalah bungkus sayuran dedaun ini ke dalam surat khabar. Kemudian masukkan ke dalam plastik berwarna hitam dan barulah disimpan kemas di dalam peti sejuk. Cubalah dan lihat hasilnya.
Tempe memang asalnya daripada masakan orang Jawa di negara ini. Malah tempe juga sudah menjadi sebati dianggap sebahagian dari masakan tradisional Melayu terutamanya di negeri Johor dan Selangor.
Namun nak membeli tempe ni pun ada petuanya, pilih elok-elok dan berkualiti tau…
1. Tempe berserabut putih
Kredit foto : kupang.tibunews.com
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan apabila membeli tempe adalah rupanya. Jika tempe itu berserabut putih itu tandanya tempe itu segar dan boleh dimakan. Usah membeli tempe yang sudah mempunyai tompok atau tanda kehitaman kerana ia sudah tidak segar lagi.
2. Aroma segar dan terasa hangat bila dipegang
Kredit foto : ita-thediffusionofexperience.blogspot
Jika anda selalu membeli tempe pastinya anda sudah terbiasa menghidu bau aroma tempe yang cukup istimewa ini. Aroma kacang sayang dalam tempe lebih kuat berbaunya berbanding dengan kacang soya yang terdapat dalam tauhu. Selain itu bila anda pegang tempe ia terasa hangat dan suam. Tu maknanya tempe tu segar dan sudah matang penapaiannya.
3.Tidak berlendir
caramenanamkebun.blogspot.com
Permukaan tempe kena bersih dan tidak lendir, Elakkan membeli tempe yang berlendir dan aromonya agak bacin atau busuk sedikit.
4 .Beli tempe mentah
Pernah tak anda terbeli tempe mentah yang dibalut rapi dalam plastik, tetapi kacang soyanya belum sebati dan bersatu . Kalau ada simpanlah kerana dalam waktu beberapa hari tempe tu akan matang dan kacang soya yang terurai akan menjadikan tempe itu padat. Dan yang pastinya tempe itu gerenti segar.
*2 Langkah Agar Tempe Tidak Cepat Busuk
Tempe memang mudah rosak, kerana biasanya ia tidak mengandungi bahan pengawet. Jika betul cara menyimpannya tempe boleh bertahan lebih lama dan tidak cepat busuk.
Langkahnya adalah : 1.Biarkan tempe dalam bentuk asal dibeli, tidak perlu dipotong atau dikerat. 2.Jika anda beli tempe yang dibalut daun pisang, biarkan daunnya tetap melekat pada tempe. 3.Masukkan tempe dalam bekas kedap udara yang ditutup rapat, kemudian baru diletakkan dalam peti sejuk.2. Ni ada satu lagi cara menyimpan tempe yang boleh anda ikuti :
1.Cuci tempe bersih-bersih. 2.Potong tempe ikut ketebalan yang anda suka 3.Kemudian masukkan tempe ke dalam bekas berisi air yang sudah dicampur bawang putih yang dicincang halus dan sedikit garam. * Garam dan bawang putih boleh membasmi bakteria dan memberi rasa pada tempe. 4.Masukkan bekas ke dalam ‘chiller’ peti sejuk. Ia boleh membuat tempe tahan sehingga tiga hari. 5.Sebelum masak keluarkan tempe dari peti sejuk , toskan dan biarkan ke suhu bilik, usah masak tempe yang sejuk kerana ia akan jadi keras.