Dah lama guna pengisar atau blender tapi mesti ada yang tak pernah tajamkan semula mata pisau. Selalunya kalau dah bertahun usianya mata pisau kebiasaan akan jadi tumpul. Bila kisar cili atau bawang hasilnya tak begitu halus atau ambil masa untuk hancur.
Kalau dah begini boleh gunakan tiga cara berikut untuk tajamkan semula mata pisau pengisar.
Guna garam kasar
Cara ini paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender. Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Ads
Ketul ais
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Ads
Beras
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Ads
Selepas gunakan cara di atas tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila tibanya waktu gaji, pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah terutamananya barangan dapur. Namun ada ketikanya terlebih bajet juga dibuatnya. Maklumlah, setiap lorong yang dilalui, ada tertera barangan harga diskaun dan harga murah. Memang goyah iman! Kadang kala, barangan yang tak perlu pun kita ‘terbeli’ dek terpengaruh dengan label ‘berhantu’ ni. Bila pulang ke rumah, datang pula rasa menyesal sebab dah ‘over spend’ duit untuk bulan ni.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami kongsikan 5 panduan yang boleh dicuba tatkala keluar membeli belah barangan dapur anda. Moga bermanfaat!
1. Buat Anggaran Belanjawan Bulanan
foto: alibaba
Pertama, sebelum berbelanja barang dapur, tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut. Mungkin setiap bulan, jumlahnya berbeza bergantung kepada situasi.
Sebagai contoh, bulan November anda dan keluarga setiap masa berada di rumah. Jadi, perbelanjaan barang dapur yang perlu dibeli adalah RM300. Bulan DIsember pula, 2 minggu anda dan keluarga bakal pergi bercuti. Jadi, perbelanjaan boleh dikurangkan dan begitulah seterusnya. Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk menampung bahagaian-bahagian perbelanjaan lain atau disimpan.
2. Bawa Duit Cukup-Cukup
Jika ke pasaraya dan bawa wang tunai dengan banyak, memang berbahaya. Selain risau disamun atau dirompak, anda juga mempunyai potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Biasanya, bila dah dapat gaji, anda akan mengasingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.
3. Kunjungi Kedai Yang Paling Banyak Beri Keuntungan
Terdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.
4. Beli Secara Online
Membeli-belah di hujung jari. Kini ada banyak pasaraya yang menawarkan perkhidmatan belian secara online serta perkhidmatan penghantaran. Oleh itu, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli belah barangan keperluan dapur anda. Sangat sesuai digunakan oleh kaum-kaum ibu yang sibuk bekerja. Boleh jimat masa dan minyak kereta.
5. Bawa senarai semak bercetak
Amalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali keluar membeli barangan dapur. Hanya beli barangan yang tertera sahaja supaya jumlahnya cukup-cukup dengan duit yang dibawa. Selain mengelakkan anda berbelanja lebih, ia juga membantu anda supaya tidak perlu ulang-alik ke pasaraya beberapa kali kerana ada barang yang terlupa dibeli.
Kaedah ini juga sangat bagus kerana ia juga boleh membantu anda merekod barangan apa yang telah dibeli. Kadang-kala kita lupa barangan yang ada kerana tersorok di dalam kabinet. Bila dah jumpa, rupanya dah tamat tempoh. Rugi tu.
Selamat mencuba! Jika info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda juga.
Ubi Jepun kalau direbus memang enak kerana rasanya yang manis. Berbaloi menunggu walau ambil masa yang agak lama untuk merebusnya.
Tapi jika tak sabar untuk menikmati ubi Jepun ini, ada lagi kaedah lain untuk menyediakannya. Salah satunya masak guna air fryer, hanya tunggu 20 minit ubi Jepun sudah empuk dan sedia dimakan.
Cara untuk memasak menggunakan air fryer seperti berikut.
1. Cuci bersih ubi Jepun kemudian lap dengan tisu.
2. Set masa 20 minit dengan suhu 180 darjah Selsius.
3. Habis masa 20 minit, tunggu sejuk seketika dah boleh makan.
Selalu bila potong nangka atau pisang muda pisau akan melekat dengan getahnya. Ia memang susah untuk dihilangkan. Cuci banyak kali pun getah tetap melekat.
Sebenarnya untuk bersihkan getak ini kena tahu teknik yang betul, barulah getah ini akan tanggal dari pisau. Caranya ditunjukkan oleh Wan Zamilah Yusuf
Cara bersihkan pisau selepas potong pisang muda dan nangka
1. Inilah pisau yang kena kesan getah pisang.
2. Caranya sapukan minyak masak pada bahagian pisau yang melekat getah.
3. Kemudian, panaskan pisau atas api. Gunakan api yang perlahan.
4. Bila pisau dah panas, boleh terus bersihkan atas kain. Lapkan.
5. Hasilnya bukan setakat getah saja hilang, pisau pun nampak lebih berkilat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!