Dah lama guna pengisar atau blender tapi mesti ada yang tak pernah tajamkan semula mata pisau. Selalunya kalau dah bertahun usianya mata pisau kebiasaan akan jadi tumpul. Bila kisar cili atau bawang hasilnya tak begitu halus atau ambil masa untuk hancur.
Kalau dah begini boleh gunakan tiga cara berikut untuk tajamkan semula mata pisau pengisar.
Cara ini paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender. Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Selepas gunakan cara di atas tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Selamat mencuba.