3 Cara Pilih Periuk Pengukus Supaya Korang Tak Menyesal Beli.

Share

Periuk pengukus, peralatan dapur yang kebanyakan mak-mak memilikinya kerana periuk ini membantu memudahkan kerja-kerja memasak terutama dalam penyediaan kuih-muih dan lauk-pauk  yang perlu dikukus kerana makanan berkukus lebih sihat untuk keluarga. Jika belum mempunyai pengukus dan bercadang membelinya, korang kena baca info ini:

Sesuaikan Kegunaan Dengan Jenis Masakan

Sebelum korang beli pengukus, ambil kira jenis masakan yang selalu masak. Jika ingin  mengukus pelbagai hidangan yang memerlukan masa memasak agak lama korang boleh pilih pengukus bersaiz besar yang boleh menampung dan mendidihkan air yang banyak. Biasanya pengukus jenis ini lebih lebar dan tidak terlalu tinggi ia dipanggil pengukus jenis plate type

. Ingat pemilihan yang betul membantu memudahkan korang memasak dengan cara mengukus.

Pengukus jenis Plate Type sama saja dengan pengukus lain, cuma ia ada pembahagi atau penyekat berbentuk bulat dan datar seperti piring atau pinggan. Pengukus jenis ini biasa digunakan untuk mengukus makanan dalam jumlah sedikit, seperti kukus sayur, dimsum dan siomay.

Boleh juga menggunakan pengukus tambahan yang diperbuat dari buluh atau plastik tahan panas jika ingin mengukus lebih banyak. Kelebihan pengukus ini ia menjimatkan ruang bila disimpan kerana bahagian piring pengukus boleh dimasukkan dalam periuk pengukus utama.

Pilih Periuk Pengukus Yang Boleh Memuatkan Pengukus Jenis Plate.

Sesuaikan juga saiz periuk pengukus dengan plate pengukus sebelum membeli terutamanya jika membeli pengukus secara berasingan dan pastikan ia mempuyai penutup yang sesuai. Pastikan pengukus boleh memasak dalam waktu yang lama dan bersaiz besar kerana ia boleh digunakan untuk mengukus dalam waktu yang lama dan tidak perlu kerap membuka penutup pengukus untuk menambah air. Kelebihannya bila saiz besar, sudah tentu ia boleh mengukus dengan lebih banyak dan jimat masa kerana tidak perlu berulang kali mengukus.

Pengukus Pelbagai Kegunaan

Pengukus pelbagai kegunaan biasanya mempunyai dua atau lebih lapisan pengukus, dengan bahagian bawah berfungsi sebagai periuk untuk mendidikan air. Bentuknya lebih besar dan tinggi berbanding pengukus biasa.

Kelebihan pengukus ini, ia boleh dilaraskan penggunaannya mengikut kesesuaian. Jika memasak dalam jumlah sedikit, boleh gunakan satu tingkat pengukus sahaja. Boleh juga menggunakan bahagiaan bawahnya sebagai periuk untuk merebus atau memasak sayur atau lauk pauk tanpa mengukus. Pengukus jenis ini biasanya diperbuat dari bahan stainless steel yang boleh menyebarkan kepanasan secara merata sehingga makanan yang dikukus masak sekata.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin