Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Ads
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Ads
Ads
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidup dikejar masa dan sentiasa sibuk menyebabkan korang rasa stres dan emosi tanpa sebab. Sabar ye, tarik nafas perlahan-lahan dan hembuskan. Kemudian fikirkan macam mana nak suntik mood ceria dan jadikan korang bersemangat. Tak tau nak buat macam mana? Jom makan lima makanan ini, ia bukan hanya kudapan yang sedap, malah makanan ini dikatakan akan memberikan mood korang kembali ceria.
BADAM
Badan adalah kekacang yang sangat baik untuk menghilangkan stres kerana ia mengandungi asid amino tripofan. Asid ini membantu pembentukan hormon serotonin yang berfungsi menstabilkan emosi korang. Oleh itu, jika anda stres kudaplah badam agar mood swing kembali tenang dan ceria.
BAYAM
Bayam dikatakan sangat baik untuk menghilangkan brain fog yang menyebabkan anda rasa sakit kepala. Brain fog adalah keadaan di mana otak tidak mampu berfikir dan mengingati sesuatu dengan baik, ia mungkin disebabkan oleh stres, kurang tidur dan kerana faktor usia. Dengan mengambil bayam yang kaya dengan lutein, ia boleh membantu otak memperkuatkan daya ingatan dan kembali ceria.
TEH HIJAU
Kandungan polifenol dalam teh hijau berupaya mencegah radikal bebas, antioksidan dan menjadikan seseorang itu awet muda termasuk mencegah otak dari mengalami kerosakan. Sementara kandungan asid amino L-theanine sangat bermanfaat untuk menghilangkan stres. Jika korang rasa tak sedap hati, rasa macam nak marah atau bosan tidak menentu, ambillah secawan teh hijau.
BLACK-EYED PEAS
Rasa stres amat sangat,cubalah bertenang sambil kudap kacang Black-Eyed Peas yang kaya dengan asid folat, di mana asid ini mampu merangsang hormon dopamin dan serotonin. Rangsangan ini membolehkan otak mengingati sesuatu dengan baik, seterusnya mood juga semakin baik dan seterus kembali bersemangat.
BUAH CERI
Buah ceri mengandungi asid amino triptofan dan melatonin yang sangat baik untuk menenangkan fikiran dan menjadikan pola tidur korang menjadi lebih baik. Oleh itu. bila korang tak boleh tidur dan stres, ambil je buah ceri dan makan.
Antara perkara yang sering dihadapi oleh para isteri ketika berada di dapur adalah masalah sayur yang cepat layu. Kebiasaannya, para isteri akan membeli barangan basah seminggu sekali. Namun, untuk menyimpan sayur agar kekal segar memerlukan teknik yang betul. Perkongsian oleh Ismiza Ishak ini ternyata membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Hanya dengan menggunakan tisu dapur dan aluminium foil. Jom kita baca perkongsiannya.
***********
Assalamualaikum…
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan sayur-sayuran agar tahan lebih lama.
Tak banyak kos yang diperlukan. Paling penting jangka hayat sayur-sayuran yang kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna untuk bahan masakan kita. Sangat berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yang diperlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus sayur-sayuran yang kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat dan bungkus sayur-sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yang tarikh lebih lama kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil untuk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Contoh, satu brocolli saya bahagikan kepada 3 bahagian.
6. Ada contoh sayur yang saya ambil gambar dibawah, tarikh 1/5/2020 dan masih segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yang saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga masih elok pada hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai untuk orang yang jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak dan paling penting effort untuk basuh, keringkan, potong, bahagikan, bungkus dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lagi sekali kalau masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management untuk apa pun perkara dalam hidup sangat penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga untuk pastikan sesuatu tu berbaloi dengan duit yang dilaburkan. Bahan masakan zaman sekarang pun bukan murah. Selagi boleh jimat dan panjangkan hayat sayur-sayuran kita apa salahnya kan.
Anda sedang mencari barangan rumah yang murah tapi berkualiti? Boleh cari DISINI.
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!