cookies raya

Cookies antara kudapan raya yang sedap dan mudah disediakan. Paling penting tidak perlu acuan untuk membentuknya. Anda yang menyukai cookies, usah tunggu raya kalau mahu menyediakannya, buat je bila-bila teringin. Berikut tiga jenis cookies mudah disediakan dan rasa pun sedap.

3 Cookies Tanpa Acuan Yang Sedap.

PANDAN GRANOLA COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:

120gm marjarin campur mentega
70gm gula pasir
1/2sudu teh vanila
1biji kuning telur
1sudu teh pes pandan

BAHAN B:
110gm tepung gandum
15gm tepung jagung
1/4sudu teh baking powder

BAHAN C:
75gm Granola mix

Ads

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan ketuhar 150’C, siapkan loyang yang telah disapu margarin atau alas dengan baking paper. Sisihkan.
  2. Sediakan bahan A: Pukul mentega & gula pasir lebih kurang 1minit. Masukkan kuning telur, esen vanila vanila & pes pandan. Adun rata. Tutup mixer.
  3. Masukkan bahan B ke dalam adonan bahan A, adun rata menggunakan spatula.
  4. Tambahkan bahan C, adun hingga semua bahan bercampur sekata.
  5. Sudukan adunan di atas loyang, beri jarak kerana cookies akan sedikit melebar.
  6. Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga matang sempurna.
  7. Angkat & biarkan dingin sebelum disimpan dalam bekas kedapaa udara.
    . @shirleyliem

3 Cookies Tanpa Acuan Yang Sedap.

KLEPON COOKIES
BAHAN-BAHAN:
50gm mentega
13gm putih telur
100grm tepung protein rendah
10gm susu tepung
25gm kelapa parut kering / dessicated coconut
40gr gula halus
1 sudu the pes pandan
1gm garam
BAHAN FILLING:
50gm coklat putih
50gm gula Melaka
10gm mentega
1gm garam
BAHAN SALUTAN:
Kelapa parut kering

CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Adun mentega, putih telur, garam, pes pandan dan gula halus.
  2. Masukkan tepung, kelapa parut dan susu tepung. Adun lagi dan ke tepikan.
  3. Sementara itu sediakan filling dengan cara cairkan coklat dan mentega. Masukkan gula Melaka dan garam. Kacau hingga rata. Simpan di chiller lebih kurang10 minit.
  4. Bentuk bulat bahan filling dan simpan lagi di chiller 10 menit.
  5. Ambil adonan cookies 1/2 sudu makan. Leperkan di tangan dan isi dengan filling.
  6. Kemudian bulatkan.
  7. Gulingkan dalan bekas kelapa kering hingga semua bahagian luar bersalut kelapa kering.
  8. Bakar dalam ketuhar di rak kedua dari atas dengan suhu 170C selama 12 minit.
  9. Setelah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
    by @irwinlin

3 Cookies Tanpa Acuan Yang Sedap.

BANANA OAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang masak (lebih kurang 80gm)
100gm quaker oat
2 sudu makan madu
1 susu makan minyak masak
50gm chocochips
1/2 sudu teh garam

Ads

CARA MEMBUAT:

  1. Hancur atau lenyekan pisang dengan garpu.
  2. Tambahkan oat, madu dan minyak. Aduk rata.
  3. Rehatkan selama 10 minit supaya madu dan minyak sebati.
  4. Tambahkan chocochips dan garam. Adun rata.
  5. Ambil 30 gram doh cookies. Bulatkan dan leperkan.
  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170C menggunakan api atas bawah.
  7. Jangan overbaked karena cookies akan menjadi keras.
  8. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

by @fridajoincoffee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI