Hujung tahun seperti sekarang selalu dijadikan peluang untuk bercuti sambil menziarahi teman-teman. Kalau ada tetamu nak datang datang rumah,
korang jangan pening nak masak apa. Nah, RASA kongsi resipi mudah yang mesti buat tetamu teringat-ingat keenakan masakan korang nanti.
Bahan Filling Kastard
400 ml susu segar
100 gm gula kaster
60 gm tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar mentega
Cara memasak
1. Pastri Puff: Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 inci kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan
sampai putus.
2. Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya. Tekan sedikit atau sapu sedikit
air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit. Ketepikan.
4. Filling Kastad: Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
5. Masak atas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
6. Masukkann ke dalam mangkuk, biarkan seketika.
7. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastri puff, hias dengan hirisan buah kiwi, anggur dan strawberi.
8. Akhir sekali hiaskannya dengan serbuk gula.
Pulut Dendeng
Bahan-bahan
1 kg pulut susu
3 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam dan gula
1 helai daun pandan
2 mangkuk serunding dendeng
Ads
Cara memasak
1. Cuci beras pulut, kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit dan rendam sekurang-kurangnya satu jam.
2. Panaskan pengukus. Kukus pulut bersama daun pandan hingga masak lebih kurang 20 minit.
3. Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan dalam bekas.
4. Gaul pulut dengan santan yang dicampurkan dengan sedikit garam dan gula.
5. Setelah sebati, masukkan semula dalam pengukus dan kukus lebih kurang 5-10 minit lagi.
6. Cara melapis pulut: Alaskan loyang dengan plastik empat segi (agar mudah dikeluarkan dari dalam loyang).
7. Masukkan pulut dalam loyang, tekan dan padatkannya lebih kurang ½ inci.
8. Kemudian lapiskan pula dengan serondeng daging dendeng di seluruh permukaan pulut.
9. Seterusnya, lapiskan pulut sekali lagi di atas lapisan serondeng daging dendeng.
10.Kemaskan seperti membuat lapisan pertama tadi.
11. Akhir sekali potong bentuk empat segi tepat dan hidangkan.
Roti Jala
Bahan Roti Jala
500 gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning
Ads
Bahan Kari Ayam
1 kg ayam-potong kecil, bersih dan tos
3 cawan santan
3 sudu besar rempah kari
Rempah penumis-kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu pes cili kering
4 ulas bawang putih-hiris
5 ulas bawang merah-hiris
3cm halia-hiris
1 batang serai-titik
1 tangkai daun kari
Sedikit air asam Jawa
Garam gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara memasak roti jala
1. Campurkan semua bahan dalam pengisar kecuali pewarna.
2. Kisar hingga halus, kemudian titikan beberapa titik pewarna kuning dan jika terlalu pekat tambahkan sedikit air dan kisar semula.
3. Tapiskan adunan dalam bekas.
4. Panaskan kuali leper non stick atas api kecil. Untuk pertama kali sapukan dengan sedikit minyak.
5. Dengan menggunakan acuan roti jala mulakan proses menjala dan melipat sehingga habis. Ketepikan.
6. Kari Ayam: Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau, diikuti pula rempah penumis dan daun kari. Kacau lagi.
7. Masukkan pes cili dan kacau seketika, kemudian masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
8. Setelah pecah minyak masukkan ayam, gaul rata dan tutup periuk seketika hingga ayam kecut.
9. Masukkan santan dan serai. Seketika kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan perasa secukupnya.
10. Kecilkan api dan biarkan kari mereneh lebih kurang lima minat atau sehingga pecah minyak.
11. Angkat dan hidangkan bersama roti jala.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kalau biasa kaswi berperasa gula Melaka tapi kali ni Sabarina Saharani berkongsi resipi kuih kaswi dengan keeenakan rasa dan kewangian daun pandan. Sedap bukan main lah.
Kuih tradisi ni wajib makan dengan kelapa parut, best buat makan sarapan dan minum petang ni. Kenapa namanya gedik, hihi aje tukang masaknya aje yang tahu..
KASWI PANDAN LEMAK GEDIK
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 sudu mkn Tepung beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air daun pandan(3 helai)
3/4 cawan gula pasir (sapa suka manis 1cwn)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
1 biji telur Pewarna hijau
Kelapa parut (putih sahaja)+secubit garam-kukus sekejap supaya kelapa tahan lama
CARA MEMASAK :
1. Satukan kesemua bahan, kisar dengan mesin pengisar agar tidak berketul.
2.Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.Kukus selama 30 minit.
3. Sejukkan. Potong dan golekkan ke dalam kelapa parut tadi.
Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak. Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..
COKODOK PISANG
BAHAN-BAHAN
5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
2 sudu makan marjerin
5 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi.
Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak.
Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST
BAHAN-BAHAN
Roti Bata
Nutella / Peanut Butter Lady’s Choice
3 biji telur
1/2 cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang (dihiris bulat)
Butter
CARA PENYEDIAAN
Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket ditengah. Sapu nutella dibahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang didalam poket.
Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit butter. Biarkan masak kekuning-kuningan.
Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kita selalu buat sandwic untuk bekalan, tapi biasanya yang ringkas. Letak tuna, sardin atau telur kemudian tambah sayur. Itu saja.
Tapi sekali sekala buatlah sandwic yang bertingkat begini. Tebal, penuh inti dan memang mengenyangkan.