3 Idea Lauk Makan Tangahari Yang Sedap & Cepat Masak.

Share

Alangkah enaknya dapat menikmati aneka hidangan lauk pauk Melayu asli seperti asam pedas, masak lemak cili padi, kari dan sebagainya lagi untuk hidangan sekeluarga atau rakan-rakan. Tak susah pun untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak dan pasti puas hati. 

 

1. ASAM PEDAS IKAN PATIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai – ketuk
  • 5-6 batang bendi
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Daun kesum secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
  4. Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

2. AYAM MASAK LEMAK CILI API

  • 1/2 ekor ayam – bersihkan, potong
  • 1/2 kg santan
  • 5 batang cili api – ditumbuk halus
  • 3 biji kentang – dipotong dadu
  • 1 batang serai – ketuk
  • 1 biji tomato – belah empat
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit
  • Santan secukupnya
  • Air masak secukupnya
  • Garam secukupnya

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit air, separuh santan, serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk. Kacau sedikit.
  2. Setelah mendidih, masukkan ayam dan kentang dan tutup seketika supaya ayam dan kentang cepat masak.
  3. Setelah ayam masak, masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk dan kacau sekata.
  4. Masukkan tomato, cili merah dan daun kunyit untuk hiasan. Kacau seketika dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan

 

3. KARI DAGING ISTIMEWA PAK KASIM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging – bersihkan dan hiris
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • -5 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu kecil serbuk cili kering
  • 3 biji kentang – dipotong dadu
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Daun kari secukupnya
  • Santan secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit daun kari/daun bawang

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar bawang merah,bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan rempah kari daging dan serbuk cili kering ke dalam periuk. Kacau hingga naik minyak.
  3. Kemudian masukkan kentang, daging dan separuh santan ke dalam periuk. Tutup periuk seketika.
  4. Kemudian masukkan lebihan santan tadi ke dalam periuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan sebati. Tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.

 

Published by
Nur