Ayam masak apa pun tetap sedap . Dalam sajian barat pun ada macam-macam idea juadah yang dibuat berasaskan ayam.
Ni min kongsikan tiga idea sajian barat dari Chef Mohd Zamri yang juga pensyarah di Taylor’s University.
.
Tengok rupa pun dah meleleh air liur dibuatnya, gerenti lazat. Cubalah nanti ya.
BEGEDIL AYAM BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan begedil :
100gm isi ayam ayam | dicincang
4 biji ubi kentang | dipotong dan rebus hingga empuk
100gm serbuk keju Parmesan
5 ulas bawang putih | dicincang kasar dan digoreng hingga kuning
80gm keju ‘gruyere’ | dipotong dadu
½ sudu teh serbuk perasa
50gm tepung gandum
2 biji telur | dipukul sedikit
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Sos :
80gm tepung keju segera
150ml air panas
CARA MEMASAK: Cara membuat begedil:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masakkan ayam bersama garam dan lada sulah hingga kering.
2. Ubi kentang yang telah dimasak dilenyek halus dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan ayam ke dalam ubi kentang, keju parmesan dan bawang putih goreng.
4. Masukkan sedikit tepung, serbuk ketumbar dan serbuk perasa.
5. Gaulkan hingga sebati.
6. Bentukkan bulat, masukkan keju gruyere yang dipotong dadu dan tekan rata sedikit, taburkan sedikit tepung dan celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
7. Panaskan kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
8. Hidangkan begedil dimakan bersama sos keju dan sos cili Thai.
Cara membuat sos keju segera :
1. Gaulkan serbuk keju segera bersama air panas.
Ads
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 50 minit Cara memasak : Menggoreng Jenis masakan : Sajian asia fusion Keistimewaan : Sajian ringkas dan cepat dimasak lagi dan mengenyangkan
INFO CHEF : Hati-hati bila menambah tepung ke dalam begedil kerana jika terlebih akan menyebabkan begedil menjadi keras.
CASSEROLE CHICKEN WITH ZUCCHINI & SPINACH
.
BAHAN-BAHAN :
Ads
4 bahagian kaki ayam | telah dibuang tulang
50gm daun bayam | direbus hingga masak
60gm zucchini | dipotong nipis
100gm bawang Holland | dicincang
30gm bawang putih | dicincang halus
350gm krim masakan
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: Cara membuat Casserole Ayam:
1. Ayam diperap dengan garam dan lada sulah
2. Bakar atas kuali dengan sedikit minyak untuk dapatkan warna kuning keemasan. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang Holland dan bawang putih dan masukkan krim masakan.
4. Masukkan keju parmesan sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga pekat. Ketepikan sos keju ini sebentar.
5. Masukkan ayam yang sudah dibakar tadi dalam mangkuk casserole bersama zucchini dan bayam yang telah direbus.
6. Ambil sos keju dan taburkan sos keju di atas ayam dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit.
7. Boleh dihidangkan semasa panas.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 40 minit Cara memasak : Bakar dalam ketuhar Jenis masakan : Sajian barat Keistimewaan : Sajian ini sesuai untuk makan malam
INFO CHEF : Usah membuat sos yang terlalu pekat kerana ia menenggelamkan keenakan rasa bayam dalam ayam.
HONEY LEMON CHICKEN
.
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan honey lemon :
70gm madu
300gm jus lemon
70gm sos plum
20gm tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan ayam :
4 ketul drumstick ayam
4 keping kepak ayam
½ labu bawang Holland | dicincang halus
2 ulas bawang putih | dicincang halus
80gm tepung jagung | campur dengan sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: Cara membuat sos honey lemon:
1. Masak jus lemon, sos plum dan madu sehingga pekat dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air.
3. Kacau adunan hingga sebati.
4. Biarkan adunan seketika untuk sejuk
Cara membuat honey lemon chicken:
1. Ayam dibasuh dan keringkan.
2. Gaulkan ayam dengan tepung jagung dan garam.
3. Panaskan minyak dan masukkan bawang holland dan masak sehingga ianya layu.
2. Masukkan ayam, bawang putih dan garam.
3. Selepas itu masukkan sos honey lemon
4. Kacau hingga sos melekat pada ayam
5. Susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar didalam ketuhar 180°C selama 30 minit
6. Setiap 6 minit salut ayam dengan sos dan bakar hingga kuning keemasan,
7. Hidangkan ketika panas bersama sos.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 30 – 45 minit Cara memasak : Tumis dan Bakar Jenis masakan : Sajian Asia Keistimewaan : Sajian ayam bermadu yang masam manis.
INFO CHEF : Jika sos terlalu masam, campurkan lebih madu atau masukkan gula sehingga mendapat rasa yang diinginkan.
RESIPI : CHEF MOHD ZAMRI IDRIS, Pensyarah di Taylor’s University
Tajaan Pinggan Mangkuk : RUSLIZA MD DRUS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi kari ayam tanpa santan dan juga tanpa menggunakan rempah empat sekawan. Resipi ini daripada blog Dr. As Zulqa yang sememangnya kerap berkongsi resipi yang amat menarik.
Menurut Dr. As Zulqa, resipi ini mendapat maklum balas yang positif daripada pengikutnya di Youtube.
“Kari ayam tanpa santan walaupun dimakan banyak, tidak berasa muak. Perkongsian resipi ini di channel youtube telah mendapat banyak maklum balas positif daripada penonton yang telah mencubanya sendiri. Kari ayam tanpa santan ini merupakan resipi kari ringkas dan mudah tapi sedap. Tak perlu risau tiada santan atau rempah empat sekawan, kari ayam tetap sedap!” kata beliau.
Selain itu, Dr. As Zulqa turut menyatakan bahawa kari ayam ini boleh dijadikan bekal ke tempat kerja atau sekolah. Ini kerana tempoh masa memasak yang tidak begitu lama, sangat menyenangkan untuk ibu-ibu menyediakan bekal.
“Boleh dimakan bersama nasi putih. Kalau tak mahu makan nasi, boleh bawa kari ayam tanpa santan ini bersama roti jala atau roti sandwic sahaja. Cara masak kari ayam tanpa santan ni mudah dan simple, tak memerlukan masa yang lama untuk ibu-ibu berada di dapur,” tambah beliau.
KARI AYAM TANPA SANTAN DAN TANPA REMPAH 4 SEKAWAN
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 labu bawang merah besar (dihiris mayang)
5 ulas bawang putih (dihiris mayang)
2 inci halia (dihiris)
3 tangkai daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam (bancuh dengan sedikit air)
1/3 ekor ayam (potong kecil dan basuh bersih)
4 biji kentang (1 biji belah 4)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Hiris bawang begini.Kentang dipotong begini.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah besar, bawang putih, halia dan daun kari.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari ayam.
3. Masukkan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan potongan kentang.
6. Biarkan ayam dan kentang sehingga separuh masak serta sebati.
7. Kemudian masukkan asam keping.
8. Masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa.
9. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.
10. Siap dan boleh dihidang.
Dah siap dan boleh dihidang!
TIP DR. AS ZULQA Petua masak kari ayam sedap, sewaktu menumis rempah kari, rempah kari kena betul-betul masak sehingga pecah minyak. Kalau tidak pecah minyak, rempah karinya tidak masak sempurna. Itulah jawapannya kenapa kari terasa pahit dan rasa payau.
Bersih, suci dan halal inilah tiga perkara yang ada bila diusahakan oleh orang Islam. Beli fish cake baca labelnya, lihat logo halalnya, tapi buat sendirikan lagi jimat dan pastinya lebih segar.
Kenyal dan manis ni min kongsikan fish cake sedap dari Tahrunissah Jalil. Sedap masuk dalam mi goreng, kuah dan mi sup dan macam-macam lagi.
HOMEMADE FISH CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu teh tepung jagung | membukit – beli online DI SINI
1 sudu teh garam | nanti masa dah siap blend rasa lagi sebab bila sejuk lebih masin
sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online DI SINI
1 cawan air sejuk (dari ais)_
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu
CARA MEMASAKNYA: 1. Isi ikan tenggiri diambil ..kulit tak mau ye dan diblend halus saya guna food prosessor 2. Kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih 3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.. 4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi, loyang tu biarlah boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.. 5.Masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak 6. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
.
panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..
.
Kredit resipi : tahrunissah jalil FB : 1001 Jenis Resepi Masakan Dan Petua DI Dapur
Nah ni min kongsikan sup kek ikan dan bebola ikan dengan cendawan tiram yang mudah sangat dan sedap betul rasanya. Resipi dari Cik Ina, sesuai untuk orang bujang dan supermom yang sibuk tu.
SUP KEK & BEBOLA IKAN DENGAN CENDAWAN TIRAM
.
BAHAN-BAHAN
3-4 ulas bawang merah
3-4 bawang putih
*Kedua bahan dibasuh,diketuk kemudian dibuang kulit dan cincang kasar mengunakan pisau besar
5-6 keping cendawan tiram-cuci kemudian siat-siatkan dan tuskan airnya
sepaket fishball sederhana besar dan fish cake ( ambil separuh separuh)
CARA MEMASAKNYA: 1. Tumis bawang ketuk (no-2)dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan layu. 2. Pecahkan kiub pati ayam , tumiskan sekejap 3. Masukkan 1 liter air , biar agak mendidih 4. Masukkan fishball dan fish cake , biar seminit 5. Masukkan cendawan tiram biar seminit 6. Sebelum angkat taburkan daun bawang yang dah dihiris tadi, seminit kemudian terus tutup api.
Kredit : Blog Cik Ina Do Do Cheng
Min tambahkan fish cake aje.
INGIN MENCARI PERALATAN DAPUR TERKINI UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK, JOM BELI DI SINI
Belum ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak? Hidangan Ayam Phat Phet ni antara menu yang paling mudah untuk dicuba. Ia merupakan masakan Kelantan dan dipercayai berasal dari Thailand. Aroma rencah yang ditumis sempurna menjadikan menu ini sangat enak sekali dimakan bersama nasi putih dan juga roti. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam – potong dadu
3-4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang holland – hiris
4 biji cili padi – hiris
BAHAN PERAP:
1 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Garam secukup rasa
BAHAN TUMBUK:
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 batang serai
4 biji bawang merah kecil
BAHAN KISAR HALUS:
1/2 biji bawang besar
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Satukan bahan perap dan tumbuk hingga halus. Kemudian lumur pada ayam dan biarkan selama 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi hingga separuh masak. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga garing.
Seterusnya masukkan garam halus, daun limau purut, hirisan bawang Holland dan cili padi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!