Selain sedap, kudapan berasaskan kulit popia ini juga sangat mudah disediakan dan tidak banyak guna bahan dan paling penting tak perlu ketuhar. Kepada anda yang ingin cari duit raya, apa kata jadikan kudapan ini sebagai jualan, gerenti laku keras. Apa kata cuba dulu resipi yang dikongsikan ini.
POPIA NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia
1 1/2 cawan nestum
2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh garam | jika suka
1 sudu tepung gandum | bancuh dengan air untuk gam kulit popia
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Kisar nestum, susu atau horlicks, gula dan garam hingga halus. Ketepikan.
- Untuk menyediakan popia, gulung kulit popia menggunakan straw.
- Di penghabisan gulungan gam dengan bancuhan tepung gandum. ( semasa mengulung jangan terlalu kemas).
- Lakukan gulungan hingga habis kulit popia.
- Gunting serong kulit popia yang sudah digulung. Gunting hingga habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia hingga kuning keemasan.
- Akhir sekali popia yang sudah digoreng digaul dengan campuran nestum yang dikisar halus tadi. Gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
POPIA PEDAS RANGUP:
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
BAHAN SIRA:
2 biji bawang besar | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
3 sudu makan cili kering kisar
3/4 cawan gula pasir
3 sudu makan bijan |disangai
3 tangkai daun kari
Secubit garam
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Gulung kulit popia menggunakan straw atau chopstik kemudian gam dengan bancuhan tepung gandum atau putih telur.
- Setelah habis digulung, gunting serong hingga habis.
- Panaskan minyak, goreng hingga kekungian atas api sederhana.
- Setelah kuning keemasan , angkat dan toskan. Goreng hingga habis.
- Untuk menyira: Ambil lebih kurang 3-4 sudu makan minyak menggoreng tadi. Kemudian tumis bahan kisar halus tadi.
- Setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan cili betul-betul masak.
- Bila pencah minyak masukkan gula dan sedikit garam, kecilkan api dan sentiasa kacau sehingga pekat dan berbuih.
- Tutup api, masukkan popia, gaul rata. Diikuti daun kari yang telah digoreng dan bijan yang telah disangai.
- Gaul lagi dan biarkan sejuk. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.
POPIA COKLAT RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia
Coklat bar | jenama ikut suka
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Gulung kulit popia menggunakan straw dan lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum atau putih telur.
- Selepas habis gulung, gunting serong.
- Panaskan minyak, goreng kulit popia hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan.
- Sementara tunggu popia sejuk, buat coklat, cairkan coklat bar dalam mangkuk dengan kaedah double boiler.
- Setelah coklat cair sepenuhnya, tambahkan ke dalamnya 3 sudu makan mentega, kacau sebati. Tutup api.
- Biar sejuk sedikit, masukan popia goreng tadi dan gaul rata.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.