MAGGI® Cukup Rasa berkongsi 3 resipi berasaskan ayam yang istimewa, sesuai di masak untuk hidangan di rumah yang lazat dan enak untuk seisi keluarga. Pasti berselera ketika menjamahnya, menu paling mudah dan senang disediakan yang boleh anda cuba hari ini.

AYAM BALADO HIJAU

3 Jenis Resipi Ayam Dengan Maggi® Cukup Rasa Yang Berlainan Cara Tetapi Memikat Selera

BAHAN-BAHAN A:

  • 5-6 ketul ayam
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai
  • 4 biji buah keras | kisar

 

BAHAN-BAHAN B:

  • 10 biji cili hijau | tumbuk kasar
  • 2 biji tomato hijau | tumbuk kasar
  • 1 sudu makan air asam
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Lumurkan pada ayam bersama buah keras dan 1 sudu makan MAGGI® Cukup R Kemudian rebus ayam bersama daun salam, serai dan 3 cawan air hingga air hampir kering.
  2. Angkat ayam dari periuk lalu goreng ayam dalam minyak yang panas hingga keperangan. Ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan B yang ditumbuk kasar hingga harum dan tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya. Tambah air asam dan gaul sebati.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sebati. Hidangkan.

 

TIPS DI DAPUR: Sekiranya suka pedas, boleh tambah cili padi hijau dalam kuantiti yang dikehendaki. Tomato hijau akan memberi rasa masam semulajadi ke dalam makanan. Jika suka, boleh juga ditambah hirisan belimbing buluh.

 

AYAM SAMBAL BAWANG

 3 Jenis Resipi Ayam Dengan Maggi® Cukup Rasa Yang Berlainan Cara Tetapi Memikat Selera

BAHAN-BAHAN A:

  • 5-6 ketul ayam
  • 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
  • 1 sudu makan serbuk cili

 

BAHAN-BAHAN B:

  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 batang serai | titik
  • 2 labu bawang besar | dadu kasar
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa dan serbuk cili selama sejam atau lebih.  Kemudian goreng ayam hingga garing dan ketepikan.
  2. Panaskan dua sudu makan minyak lalu tumis cili kisar hingga cili masak.
  3. Masukkan serai, air asam, bawang besar lalu tumis lagi hingga sebati.Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan gaul sebati.
  4. Tuang sambal bawang ke atas ayam goreng dan hidangkan.

 

TIPS DI DAPUR: Jika suka pedas, boleh tambah cili padi yang dikisar bersama cili kering. Api jangan terlalu besar ketika menumis cili. Ini kerana api yang besar akan membuatkan cili tak masak sepenuhnya dan pahit.

Ads

 

AYAM DAN SAYUR TUMIS KUNYIT

3 Jenis Resipi Ayam Dengan Maggi® Cukup Rasa Yang Berlainan Cara Tetapi Memikat Selera

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam | hiris nipis dan gaul dengan MAGGI® Cukup Rasa secukupnya
  • 200 gram bunga kobis | potong kecil
  • 10 batang kacang buncis | potong kecil
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 1 bij cili merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • ½ sudu teh biji sawi
  • MAGGI® Cukup Rasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam hingga agak perang.
  2. Tambah serbuk kunyit dan biji sawi. Tumis sebati.
  3. Masukkan bunga kobis, lobak merah, kacang buncis dan cili merah lalu kacau rata.  Biarkan beberapa minit masak hingga semua sayur lembut. Jika perlu tambah sedikit air.
  4. Tambah MAGGI® Cukup Rasa secukupnya dan kacau rata. Hidangkan segera.

 

TIPS DI DAPUR: Selain sayur-sayur yang terdapat dalam resipi ini, boleh juga gantikan dengan pelbagai sayur lain mengikut citarasa. Sayur tak perlu ditumis keterlaluan untuk mengekalkan khasiatnya.

 

 

BOLEH JUGA LIHAT VIDEO YANG DISEDIAKAN:

Sila layari website MAGGI® https://www.maggi.com.my/recipes/all untuk mendapatkan lebih lagi resipi menarik.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI