Untitled design - 2019-11-29T102555.856

Hidangan pencuci mulut umpama melengkapkan hidangan anda. Tidak kira ketika makan bersama keluarga mahupun saat menerima kunjungan tetamu. Resipi-resipi yang kami kongsikan ini pasti dapat memberikan idea-idea hidangan pencuci mulut apa yang hendak dihidangkan. Selamat mencuba.

3 Kek Sedap Rasa Untuk Minum Petang

KEK TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN:
½ biji tembikai
100gm kepingan badam | dibakar sedikit
225gm krim putar
Sedikit buahan segar untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Potong tembikai mengikut bentuk sebiji kek.
2. Pukul krim putar sehingga kembang dan sapukan ke sekeliling buah tembikau tadi untuk membentuk menjadi kek.
3. Akhir sekali, hias kek tembikai dengan buah-buahan segar seperti strawberi, anggur dan potongan kiwi.
4. Tabur badam di sekeliling kek tembikai.
5. Sedia dinikmati.

Ads

Saiz Hidangan : 5-7
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa segar dan manis tembikai dan lemak krim putar serasi
Cara Memasak : –
Anggaran harga: RM15-RM20

INFO CHEF : Untuk lebih enak, masukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu dan selepas itu barulah boleh dipotong dan dinikmati.

3 Kek Sedap Rasa Untuk Minum Petang

PASTRI KELOPAK MAWAR EPAL

BAHAN-BAHAN:
½ paket puff pastry
4 biji epal merah |hiris
2 sudu makan jem aprikot

BAHAN A:
500ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh perahan lemon

CARA MEMASAK:
1. Potong puff pastry memanjang 20cm panjang x 3.75cm lebar dan sapukan sedikit jem apricot. Ketepikan.
2. Setelah itu, dalam satu mangkuk campurkan bahan A.
3. Hiriskan epal merah nipis-nipis dan masukkan ke dalam bahan A tadi. Gaul sekata.
4. Masukkan ke dalam mikrowave selama tiga minit dan sejatkan air.
5. Bentangkan puff pastry dan susun hirisan nipis epal tadi di atasnya dan lipat puff pastry tadi menutup separuh hirisan epal dan gulung perlahan-lahan sehingga menjadi bentuk kelopak mawar.
6. Letakkan di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 minit.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Saiz Hidangan : 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa yang lemak
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20

Ads

INFO CHEF: Bentuk kelopak umpama mawar itu menarik perhatian.

3 Kek Sedap Rasa Untuk Minum Petang
CARROT CAKE WITH MERINGUE
BAHAN-BAHAN

BAHAN A
454gm lobak |parut kasar
3 biji telur
125ml buttermilk
1 sudu teh esen vanila
450gm gula
250ml minyak sayur-sayuran
1 sudu makan parutan kulit oren

BAHAN B (AYAK):
375gm tepung gandum
1 sudu teh soda
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis

Ads

BAHAN UNTUK MEMBUAT MERINGUE:
4 biji telur putih
180gm gula kastor
½ sudu teh cream of tartar
1sudu teh esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Campurkan telur, buttermilk, esen vanila, gula, minyak sayur dan parutan kulit oren. Pukul sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B. Gaul sekata.
3. Setelah itu masukkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam acuan kek cawan yang telah disusun di dalam loyang dan bakar selama 25 minit pada suhu 165C.
4. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
5. Untuk membuat meringue; Satukan kesemua bahan dan masak sehingga gula larut dengan menggunakan teknik double boil.
6. Masukkan ke dalam dlm mixer dan pukul sehingga kembang.
7. Paipkan di atas kek cawan dan bakar meringue menggunakan ‘blow torch’ untuk menghasilkan teknik marshmallow yang dibakar.
8. Sedia dinikmati.

Saiz Hidangan 6-8 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Rasa lemak lobak merah dan manis meringue
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

INFO CHEF: Lobak merah diparut kasar supaya masih boleh dirasa teksturnya ketika mengunyah kek cawan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI