Sebutan ikan dalam bahasa Cina yang berbunyi YU membawa maksud tuah.
Jadi mengikut kepercayaan mereka ikan membawa kepada kelimpahan rezeki dan keuntungan dalam hidup. Yang pastinya masakan Cina memang antara terlazat dan diiktiraf dalam kulinari antarabangsa. Dah lah sedap berkhasiat pula, jom masak lauk Ikan stail Cina ni …
1. IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
Ads
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
5. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh hias dengan daun parsli Cina jika suka.
Saiz hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan sedikit pedas
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan kukus
2. STEAMED GROUPER FISH WITH MINCED CHILI & SOYA SAUCE
BAHAN-BAHAN:
1000gm Kerapu | siang dan cuci
30gm Parsli Cina
10gm Cili padi | hiris
10gm Bawang putih cincang
10gm Halia cincang
30gm Hirisan halia
30gm Daun bawang | ambil bahagian batang putih
10gm Kicap soya
5gm Kicap soya hitam
10gm Serbuk perasa
10gm Gula
100gm Air
10gm Minyak bijan
CARA MEMASAK:
1. Buang dan bersihkan segala isi perut ikan. Susun dua batang daun bawang di dalam dulang pengukus dan letakkan ikan di atasnya. Cara ini mewujudkan ruang antara isi ikan dengan permukaan dulang pengukus. Apabila dikukus ikan akan masak lebih sekata.
2. Masukkan dua tiga hirisan halia ke dalam perut ikan dan selebihnya letak di atas ikan.
3. Apabila air mula menggelegak, kukus ikan kira-kira 10 -13 minit bergantung pada saiz ikan. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan dan asingkan jus ikan di dalam mangkuk lain. Rasa dahulu dan sekiranya tidak hanyir, boleh gunakan untuk membuat sos nanti.
5. Di dalam kuali kecil, masukkan kira-kira 5 sudu jus ikan tadi, halia cincang, bawang putih cincang, serbuk perasa, kicap soya, kicap soya pekat dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah berkurang sedikit.
6. Buang hirisan halia daripada ikan yang dikukus tadi dan panaskan seketika. Tuang kuah ke atas ikan. Letak sedikit minyak bijan, hirisan cili padi dan hidangkan panas.
7. Hias dengan parsli Cina sebelum menghidang.
Ads
Saiz hidangan: 5-8 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Masam, masin dan manis yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Kukus dan tumis
Info chef: Untuk memastikan ikan sudah masak, mata seolah-olah ‘terkeluar’ dan sirip akan terangkat.
3. STIR-FRIED COD FISH WITH DRIED CHILI & CASHEW NUTS
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm Isi ikan kod | hiris kasar
1gm Cili kering | potong kasar
20gm Bawang besar | hiris kasar
20gm Kacang Cashew panggang
15gm Sos tiram
15gm Kicap soya
10gm Kicap soya pekat
10gm Cuka hitam
10gm Serbuk ayam
10gm Gula
50gm Air
100gm Tepung jagung
50gm Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
4. Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
5. Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
6. Sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu tambah garam kerana kicap sudah masin.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Isi ikan lembut bila digigit
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Goreng dan tumis
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Siapa kata menu sihat tak sedap? Set tiga menu ini buktinya, ia bukan hanya sedap dan sihat tapi sangat senang disediakan, sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk sekarang ni. Tapi tak tau resipinya, jangan bimbang RASA kongsikan di sini.
BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang bendi
Sedikit garam
Air
BAHAN SAMBAL:
10 -15 cili padi
5 batang cili merah
10 cm belacan bakar
2 – 4 biji limau kasturi
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
100ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dalam ais sejuk.
Tos dan Ketepikan.
Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa.
Akhir sekali, tambah dengan garam secukup rasa dan gula.
Hidangkan bersama kacang bendi yang sudah dikukus tadi.
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam sederhana besar
2 cm halia
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
200 ml minyak masak
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
1 biji tomato | buang biji dan hiris
3cm belacan
50ml air
7 biji cili merah
3 biji bawang merah
1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar.
Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
Kisar hingga lumat.
Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
Di hujung minggu begini, sesuai sangat jika puan-puan sajikan Nasi Ayam ni buat ahli keluarga. Mudah, enak dan lebih jimat.
BAHAN-BAHAN
Bahan A – Ayam
1 ekor ayam – bersihkan
3 biji bawang putih- cincang halus atau kisar
4cm halia –hiris nipis
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Bahan B – Sambal Lada
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2sm halia muda
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili atau sos cili Thai
1 sudu besar cuka makan
Bahan C – Nasi
4 cawan beras
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih
3sm halia -hiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit pewarna makanan kuning
2 helai daun pandan
( kalau tak nak letak daun pandan pun tak apa. Ia hanya bertujuan untuk mewangikan nasi.)
Bahan D – Sup Ayam
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
Daun sup
Bahan E: Hiasan sampingan
Salad
Timun
Tomato
Tauge
CARA MEMASAK:
Ayam:Rebus ayam dalam dalam periuk bersama bawang putih dan halia.
Masukkan air menenggelami ayam, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam.
Rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ayam hingga garing.
Cara buat Sambal Cili: Masukkan semua bahan bahan B dalam pengisar dan kisar.
Masak hingga agak pekat.
Nasi:Panaskan minyak dan tumis bahan C ( bawang putih dan halia ) yang telah dikisar. Setelah agak garing, ambil separuh bahan tumis tersebut dan masukkan ke dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk membuat sup ayam.
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, sedikit pewarna kuning dan masak nasi seperti biasa. Masukkan juga sedikit minyak bijan serta daun pandan.
Di dalam periuk lain, masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam goreng rangup ni.
INFO CHEF:
Resipi nasi ayam nampak renyah tetapi mudah disediakan. Boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap sebagai pelengkap rasa.
Bihun Goreng Singapore atau Singapura memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ringkas, mudah dimasak dan sedap. Bagi anda yang nak masak hidangan ini dalam jumlah yang banyak, pasti keliru akan sukatannya. Jangan risau, saudara Adnan Bin Mat Abu atau mesra disapa dengan panggilan Abah, ada kongsikan sukatan Bihun Goreng Singapore @ Singapura untuk sukatan 4 bungkus bihun. Jika nak masak dalam jumlah yang sedikit, hanya bahagikan sahaja sukatannya. Mudah je. Cubalah. Anda pasti puas hati.
CARA MASAK BIHUN SINGAPORE @ SINGAPURA SUKATAN 4 PLASTIK BIHUN
BAHAN-BAHAN: 4 bungkus bihun – abah guna bihun Cap Terung – beli online disini 4 ketul ayam bahagian dada – dipotong dadu 1/2 kg udang segar 1/2 kg udang kertas – dikisar halus 5 biji telur 1/2 kg kubis 2 batang lobak merah 5 ulas bawang putih – beli online disini 2 biji bawang besar – beli online disini Fishcake & fishball secukupnya 4 sudu makan lada sulah – beli online disini 3 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Rendam bihun selama 1 jam dengan air biasa. Kemudian toskan. 2. Kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali, tumis. 3. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam, fishball dan fishcake yang telah dihiris. Gaul rata. 4. Bila ayam sudah masak, masukkan udang kertas yang sudah dikisar. Biar mendidih dan masukkan telur. Biarkan seketika baru kacau. 5. Masukkan udang segar. Bila udang sudah membengkok atau bertukar warna, masukkan hirisan lobak merah dan juga kubis. Masak hingga sayur layu.
6. Tambah garam dan perasa dengan secukupnya. Kecilkan api, masukkan bihun. Gaul rata. 7. Tabur serbuk lada sulah dan lada hitam. Gaul rata dan tambahkan semangkuk air masak. Tutup bihun. Biarkan selama 3 minit. 8. Bila cukup masanya, buka tudung dan kacau bagi bihun hingga masak sekata.
9. Untuk rasa sedikit pedas, Abah tambah 10 biji cili padi yang ditumbuk separuh lumat. Masaklah hingga naik wap. 10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.