Musim bola ni memang sedap kalau layan menu ala carte yang mudah, cepat dan sedap. Sesuai makan panas-panas sambil menonton bola sepak Piala Dunia. Tak sampai 10 minit siap masak, janji semua bahan ada dalam dapur.  Anda yang bujang, apa tunggu lagi jom tunjuk skil memasak.

PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
  • 1 batang fish cake | hiris memanjang
  • 100gm udang | buang  kulit, cuci bersih dan tos
  • 2 biji telur
  • 50gm tauge
  • 50gm daun kucai
  • 4 tangkai cili padi | hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang  halus
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK;

  1. Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
  3. Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
  4. Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi.  Seketika kemudian masukkan pes cili.
  5. Seterusnya masukkan pula  fish cake dan udang.
  6. Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan  telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
  7. Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
  8. Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
  9. Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.

IKLAN

 SPAGETI GORENG BERTELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti  | rebus dan tos
  • 2 biji telur
  • 100gm udang  | buang kulit dan kepala
  • 1 batang fish cake | hiris
  • 4 biji tauhu kering | hiris
  • 100gm sawi hijau | hiris 3cm
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 biji cili padi | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan pula udang.
  4. Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
  5. Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
  6. Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
  7. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

NASI GORENG DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi
  • 150gm daging | hiris kecil
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 5 biji cili padi merah  | hiris halus
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan pes cili
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
  2. Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  3. Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan daging.
  4. Gaul rata, kemudian masukkan nasi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.