3 Menu Daging 10 Minit Siap & Gerenti Sedap

Share

Muak dengan menu daging masak rendang, kari dan gulai. Ini ada tiga menu ringkas yang gerenti ramai suka dan diakui sedap. Sebab tu, RASA share resipi ni, kot-kot anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Yang pasti ia mudah dan cepat dimasak, orang bujang wajib tampal resipi ini kat dapur, bila-bila teringin terus buat.

DAGING GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris nipis
  • 1 biji bawang Holland |  hiris bulat
  • 1 batang seleri | hiris serong
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan yogurt
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

BAHAN  REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunya lawang
  • 5 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang  merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari,  diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
  3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
  4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
  5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan panas-panas .

DAGING GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 6cm halia muda | hiris nipsis
  • 3 pokok daun bawang | potong 3cm
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang putih | cincang halus
  • 10 biji cili padi | titik
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau rata hingga daging berubah warna.
  3. Setelah air daging kering masukkan sos tiram, kacau rata.
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Sebelum angkat masukkan daun bawang dan tabur serbuk lada sulah, kemudian kacau rata dan tutup api.
  6. Daging Halia sedia dihidangkan.

DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging | hiris nipis, cuci dan tos
  • 2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1 biji bawang besar  | hiris
  • 4 ulas bawang putih |cincang
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 2 batang serai | titik
  • 2 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji cili hijau | hiris serong
  • 1 batang seleri |hiris serong
  • 1 sudu  serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Minyak masak | untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .
  3. Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .
  5. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  6. Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.
  7. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Kacau lagi seketika dan tutup api.
  9. Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin