3 Menu Daging Ala Kampung, Korang Yang Tak Balik Beraya Boleh Masak Ni.

Share

Buat anda yang tak dapat dapat balik beraya di kampung, apa kata korang cuba beberapa juadah ringkas daging masak ala kampung yang boleh dicampurkan dengan sayur dalam menu ringkas tapi sedap untuk bangkitkan nostalgia raya di kampung.



.

ACAR TUMIS DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang | hiris nipis
  • 1/2 batang timun | potong memanjang
  • 1/2 lobak merah | potong memanjang
  • 10 ulas bawang merah | belah dua
  • 6 ulas bawang putih | belah dua
  • 3 cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 6 biji cili padi | buang tangkai
  • 1 batang serai | titik
  • 1/2 sudu makan biji sawi
  • 1 sudu teh bijan
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 sudu makanan sos tomato
  • 2 sudu makan cuka putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan serai titik, kacau rata, masukkan biji sawi.
  2. Seketika kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi hingga garing.
  3. Masukkan hirisan halia muda, bawang merah dan bawang putih.
  4. Seterusnya masukkan daging, kacau hingga kecut, baru masukkan hiris timun, lobak merah, hirisan cili hijau dan merah serta cili padi.
  5. Kacau lagi dan perasakan dengan sos tomato, cuka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila sayur layu dan daging pun masak tutup api.
  7. Acar daging sedia dihidangkan.


.

TUMIS DAGING RAMPAI PERIA
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang | hiris nipis
  • 1 biji peria katak | belah dua hiris sederhana
  • 2ml santan pekat
  • 2 batang serai | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 1 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama serai titik hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga tumisan garing dan timbul minyak.
  3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
  4. Masukkan peria dan asam gelugor, kacau rata. Masukkan pula santan.
  5. Biarkan terus mereneh hingga daging empuk dan kuah pekat.
  6. Peraakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Tutup api.
  8. HIdangkan Daging Tumis Darat Bersantan ini dengan nasi panas.


.

ASAM PEDAS BEREMPAH DAGING BERSAMA TERUNG:
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris lebar dan nipis
  • 6 biji terung Siam
  • 1 cawan air asam jawa
  • 6 helai daun limau purut
  • 6 biji tomato ceri | belah dua
  • 2 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 2 batang serai | titik
  • 6 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 3 batang serai | titik
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm belacan | bakar
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 hirisan lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, bahan rempah penumis dan bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering kisar, kacau rata tumis hingga cili garing dan timbul minyak.
  3. Kemudian masukkan daging dan lada hitam kisar, gaul rata hingga daging kecut.
  4. Tambah air Asam Jawa, gaul rata dan tambah pula air secukupya.
  5. Kacau dan biarkan mendidih, kemudian masukkan terung Siam, daun limau purut dan bunga kantan.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau perlahan dan biarkan hingga daging empuk.
  7. Akhir sekali masukkan tomato, kacau dan tutup api.
  8. Hidangkan Asam Pedas Daging bersama nasi panas.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Published by
Putri Adila Saari