Hidup sihat adalah impian ramai orang. Salah satu cara nak sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat tinggi. Eat clean kini menjadi salah satu konsep pemakanan yang cenderung diamalkan oleh individu yang nak sihat sekali gus menurunkan berat badan.
Resipi ini dikongsi oleh Suria Rashid. Menurutnya, dia banyak menggunakan madu dan lemon. Madu digunakan kerana ianya makanan sunah yang memberikan rasa manis tanpa meningkatkan tahap gula dalam badan. Manakala lemon pula membantu meneutralkan toksin dalam badan.
Menu eat clean tiada kandungan msg, garam yang sangat sedikit dan mengekalkan rasa semula jadi. Jika anda tidak biasa makan sayuran rebus, boleh goreng sayur tanpa minyak. Jom lihat 3 menu eat clean yang dikongsikan.
Ads
DORY PAN GRILL
Bahan Perap
2 hiris isi ikan dory
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaiton
Bahan Lain
Jagung
Brokoli
Kobis bunga
Kacang pis
Tomato ceri
Daun salad
Lemon
Madu
Cara membuat
1. Bersihkan isi ikan dory dan perap bersama lada hitam dan sedikit garam.
2. Panggang ikan di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton. Balik-balikkan ikan sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan periuk berisi air dan masukkan jagung, brokoli, kobis bunga dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
4. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ikan sebelum dihidangkan bersama sayur yang sudah direbus dan salad mentah.
Ads
HONEY LEMON CHICKEN PAN GRIL WITH SWEET POTATO
Bahan Perap
1 keping dada ayam
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Minyak zaitun
Bahan Lain
Ubi jepun (oren atau ungu)
Brokoli
Kacang pis
Tomato ceri
Lemon
Madu
Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Panggang ayam di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton.
3. Balik-balikkan sehingga masak sempurna.
4. Panaskan periuk berisi air. Rebus ubi jepun.
5. Rebus juga brokoli dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
6. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ayam sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan hirisan ayam dengan ubi jepun, sayuran rebus dan salad mentah.
Ads
WRAP TELUR
Bahan-bahan
2 biji telur ayam
1/2 biji capsicum
2 sudu besar isi tuna
Minyak zaitun
Kepingan tortila (wholemeal)
Salad bulat
Tomato
Kubis ungu
Timun jepun
Lemon (perah)
Cara membuat
1. Pukul telur, capsicum dan isi tuna. Goreng dengan sedikit minyak zaiton. Angkat dan ketepikan.
2. Sediakan kepingan tortila.
3. Letak hirisan salad bulat, tomato, kubis ungu yang dihiris halus dan timun jepun.
4. Letak sedikit perasan lemon dan minyak zaiton.
5. Kemudian letakkan telur goreng tadi di atas rimbunan sayur.
6. Gulungkan tortila dengan kemas.
Hari tu pergi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Aye. Memang terbaik. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Makan dengan nasi putih, sambal cili dan gulai ni ,alahai sedapnya. Makan pasti bertambah kena penangan lauk yang satu ni.
Bahan-bahan:
Ikan Aye Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni.
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Cara memasak:
1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
3. Masukkan ikan aye kurik yang dah direbus.
4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni makan pagi sarapan.
Hari pertama puasa pastinya kita mahu menyediakan hidangan yang enak-enak. Malah ramai akan memasaknya dengan kuantiti lebih untuk disedekahkan kepada jiran atau memanggil keluarga berkumpul berbuka bersama.
Antara juadah yang menarik untuk kita sediakan esok hari adalah rendang ayam pencen cili hijau. Boleh ikut terus resipi yang dikongsi oleh Nazri Mat Zain kerana sukatannya untuk lima ekor ayam.
Bahan-bahan
5 ekor ayam pencen -dibersihkan
1 1/2kg santan pekat
400g kerisik
Sebiji gula Melaka
Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa
Bahan kisar
10 biji bawang besar
2 labu bawang putih
15 batang serai
100g lengkuas
150g halia
6 biji Buah keras
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar ketumbar
200g kunyit hidup
300g cili akar/cili padi
300g cili hijau
Cara membuat:
1. Bahan yang siap dikisar terus masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam. Kacau
2. Guna api perlahan, masak hingga mereneh sambil-sambil kacau dalam sejam.
3. Selepas itu itu masukkan santan pekat, kerisik, gula Melaka, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
4. Sekiranya minyak tidak kelihatan (jika gunakan santan kotak) masukkan minyak masak supaya rendang nampak berminyak.
5. Bila ayam sudah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Kacau rata dan tutup api.
Rendang ini dimasak dengan api perlahan selama 4 jam supaya betul-betul lembut daging ayam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!