3 Menu Eat Clean, Makan Macam Ni Kalau Nak Cepat Kurus

Share

 

 

 

Hidup sihat adalah impian ramai orang. Salah satu cara nak sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat tinggi. Eat clean kini menjadi salah satu konsep pemakanan yang cenderung diamalkan oleh individu yang nak sihat sekali gus menurunkan berat badan.

Resipi ini dikongsi oleh Suria Rashid. Menurutnya, dia banyak menggunakan madu dan lemon. Madu digunakan kerana ianya makanan sunah yang memberikan rasa manis tanpa meningkatkan tahap gula dalam badan. Manakala lemon pula membantu meneutralkan toksin dalam badan.

Menu eat clean tiada kandungan msg, garam yang sangat sedikit dan mengekalkan rasa semula jadi. Jika anda tidak biasa makan sayuran rebus, boleh goreng sayur tanpa minyak. Jom lihat 3 menu eat clean

yang dikongsikan.

DORY PAN GRILL

Bahan Perap
2 hiris isi ikan dory
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaiton

Bahan Lain
Jagung
Brokoli
Kobis bunga
Kacang pis
Tomato ceri
Daun salad
Lemon
Madu

Cara membuat
1. Bersihkan isi ikan dory dan perap bersama lada hitam dan sedikit garam.
2. Panggang ikan di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton. Balik-balikkan ikan sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan periuk berisi air dan masukkan jagung, brokoli, kobis bunga dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
4. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ikan sebelum dihidangkan bersama sayur yang sudah direbus dan salad mentah.

HONEY LEMON CHICKEN PAN GRIL WITH SWEET POTATO

Bahan Perap
1 keping dada ayam
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Minyak zaitun

Bahan Lain
Ubi jepun (oren atau ungu)
Brokoli
Kacang pis
Tomato ceri
Lemon
Madu

Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Panggang ayam di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton.
3. Balik-balikkan sehingga masak sempurna.
4. Panaskan periuk berisi air. Rebus ubi jepun.
5. Rebus juga brokoli dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
6. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ayam sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan hirisan ayam dengan ubi jepun, sayuran rebus dan salad mentah.

WRAP TELUR

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
1/2 biji capsicum
2 sudu besar isi tuna
Minyak zaitun
Kepingan tortila (wholemeal)
Salad bulat
Tomato
Kubis ungu
Timun jepun
Lemon (perah)

Cara membuat
1. Pukul telur, capsicum dan isi tuna. Goreng dengan sedikit minyak zaiton. Angkat dan ketepikan.
2. Sediakan kepingan tortila.
3. Letak hirisan salad bulat, tomato, kubis ungu yang dihiris halus dan timun jepun.
4. Letak sedikit perasan lemon dan minyak zaiton.
5. Kemudian letakkan telur goreng tadi di atas rimbunan sayur.
6. Gulungkan tortila dengan kemas.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: Suria Rashid

Published by
Maryam Elyas