Sebut saja, Masak Lemak, ia mesti tak lari dari rasa lemak dan pedas . Hingga ada yang kata lagi pedas lagi bagus. Apapun gulai lemak memang tak pernah jemu terutama di kalangan orang-orang Negeri Sembilan. Kepada pencinta gulai lemak, ini ada dikongsikan tiga menu gulai lemak yang sangat sedap.
gulai sardin
GULAI LEMAK CILI PADI & IKAN SARDIN BAHAN-BAHAN 1 tin besar sardin ( jenama ikut suka) 1 kotak kecil santan 1 biji kentang belah 4 atau 6 1 biji tomato (belah 4) 1 keping asam keping 1 batang serai (titik) Garam gula secukup rasa BAHAN KISAR: 8 – 10 biji cili padi 3 hirisan lengkuas 3cm kunyit hidup.
Ads
CARA MASAK: 1. Keluarkan sardin dari tin ke dalam penapis. Kemudian lalukan di bawah air mengalir untuk buangkan sosnya. Toskan. 2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama sedikit air (lebih kurang 11/2 cawan air). Masukkan kentang sekali. 3. Apabila kentang lembut dan air kering sedikit, masukkan sardin, serai dan asam keping. 4. Seterusnya masukkan santan. 5. Kecilkan api, biarkan mereneh 2-3 minit. 6. Perasakan dgn garam gula. 7. Setelah cukup rasa, masukkan tomato dan tutup api. 8. Sedia dihidang.
gulai ayam salai
GULAI LEMAK AYAM KAMPUNG SALAI & TERUT TELUNJUK BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung salai | potong kecil 500ml santan 1 helai daun kunyit | simpul 4 batang serai | titik 1 keping asam gelugur Garam secukup rasa Sedikit gula | jika suka BAHAN KISAR: 20 tangkai cili padi | ikut kesesuai rasa 4cm kunyit hidup 3cm lengkuas 4 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Ads
Tuangkan bahan kisar dalam periuk, kacau dulu sekejap, kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan.
Masukkan serai, daun kunyit dan ayam biarkan mereneh sekejap, kemudian masukkan ayam. Kacau rata dan masukkan asam keping dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 5 minit, masukkan terung telunjuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
ikan tongkol
GULAI IKAN TONGKOL & KACANG PANJANG BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan tongkol yang telah siap direbus. 500ml santan 5 batang kacang panjang |potong 3-4cm 1 keping asam gelugur 2 batang serai |titik 10 tangkai cili padi Garam & gula secukup rasa BAHAN KISAR: 3cm kengkuas 3cm kunyit hidup 15 biji cili padi 4 ulas bawang merah
Ads
CARA MEMBUAT.
Tuangkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan sedikit air dan renehkan sekejap.
Kemudian masukkan ikan, serai, asam gelugur dan santan.
Renehkan hingga mendidih, masukkan kacang panjang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bilakan mereneh lebih kurang 5 minit atas api perlahan, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Orang utara mesti tau ni masak apa..ni namanya masak parpu teloq. Kalau masak parpu teloq ni mesti nak boh teloq rebuih dgn teloq pecah..baru best Ini kalau makan dengan roti atau nasi panas-panas memang sedap yang amat. Korang cuba resipi ni.
PARPU TELUR
Kacang parpu..perlu rendam semalaman
Teloq..tepulang nak rebus atau pecah
Santan..
Sebok kunyit skit..
Garam..
Sebok perisa jika nak..
Ubi kentang..tomato belah 4
BAHAN BLEND..
Bawang besaq..
Bawang putih..
Halia..
BAHAN TUMIS DARAT..
Bawang besaq..hiris
Bawang putih..hiris
Daun kari..
Cabai kering potong 2..
CARA MEMASAK..
Rebus kacang parpu yg rendam semalaman tu dlm periuk atau kuali..pastu tuang bahan blend n sebok kunyit..boh minyak skit na..pastu rebus sampai parpu lembut..bila dah lembut dah boleh boh ubi kentang bila ubi dah empuk boh santan teloq garam n sebok perisa..kemudian boh tomato..pastu tumis bahan yg tumis darat tadi dgn minyak skit na..bila dah agak2 garing dah boleh tuang atas masak parpu kita td..pastikan kuah mendidih dlu na..kemudian tutup api..dah boleh dhidang..
Fikir apa resipi paling mudah untuk disediakan untuk sekeluarga makan? Mudahkan kerja buatlah masakan ini, Ayam Masak Kicap, sekeluarga gerenti suka dan berebut nak . Boleh ikut resipi oleh Mieza Famiza ni.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Minyak(untuk goreng dan tumis kuah)
Kunyit(untuk gaul ayam)
Garam(untuk gaul ayam)
Serbuk cili/cili kering kisar(saya guna serbuk cili ,senang dan cepat)
Kicap lemak Manis/Manis
Kicap pekat
3-4 sudu besar sos tiram
2-3 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia
Hiasan:
Bawang besar
Cabai Melaka/Cabai Merah(untuk hiasan)
Daun Sup(kalau ada)
Bahan kisar:
Kisar hingga halus (bawang besar, bawang putih, halia)
Cara memasak:
1.Gaul ayam dengan kunyit dan garam,kemudian goreng jangan terlalu garing nanti keras. Kemudian ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi kemudian masukkan sikit serbuk cili(jangan terlalu banyak, nanti pedas)masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan takut nanti cepat hangit.
3.Masukkan ayam digoreng tadi, sos tiram, kicap lemak manis.
4.Gaul sekata, kemudian hiris bawang besar, cili melaka dan cili merah untuk hiasan
5.Siap untuk dihidang.
Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi korang yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah… Tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni dulu…
PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
500ml santan pekat
50gm ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500 ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
Gulai nanas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...