Tak tau nak masak apa hari ni, berikut ada tiga resipi daging dan ayam yang mudah dan pedas. Cadangan ini sesuai sangat kalau  masak hujung minggu untuk hidangan keluarga atau tetamu yang  datang berkunjung di rumah. Sesekali ubah selera ubah selera apa salahnya.

 3 Menu Lauk Pedas Yang Ringkas & Sedap.

DAGING LADA HITAM ALA  HS NADA

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 kg daging lembut  | rebus hingga empuk dan hiris nipis
  • 2 sudu makan lada hitam | kisar
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3biji bawang besar |  2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 4cm halia | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jika perlu
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan  bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan lada hitam, sos tira, hirisan daging dan hirisan bawang, kacau rata.
  3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  4. Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.

3 Menu Lauk Pedas Yang Ringkas & Sedap.

AYAM GORENG BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • Sedikit garam  dan serbuk kunyit.

BAHAN SAMBAL:

  • 1 biji bawang besara
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm halia
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
  7. Tutup api, ayam sedia dihidangkan.

3 Menu Lauk Pedas Yang Ringkas & Sedap.

Ads

GULAI KETING:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg keting | rebus
  • 750ml santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

Ads
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris
  • 3cm lengkuas | hiris
  • 4cm kunyit hidup
  • 20 biji cili padi
  • 3 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
  3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
  4. Biarkan mereneh hingga keting empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
  7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI