Sebut je masakan Cina satu dunia mengakui keenakannya, termasuk masyarakat Malaysia. Masakan Cina ini bukan hanya sedap, ia juga terkenal sebagai makanan yang disajikan dengan cara lebih sihat. Kalau selama ini kita terpaksa makan di restoran untuk menikmatinya, apa kata kali ini anda cuba masak sendiri di rumah.
ISI IKAN KOD GORENG BERSAMA CILI KERING & BIJI GAJUS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm isi ikan kod | hiris besar
- 3-4 tangkai cili kering | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1/2 cawan biji gajus | goreng sangai
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1/2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 2 sudu makan tepung jagung
- Minyak masak secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Isi ikan kod dibalut dengan tepung jagung. Goreng secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tinggalkan minyak kira-kira satu sudu makan di dalam kuali. Masukkan bawang besar, tumis menggunakan api yang besar hingga terbit bau wangi. Masukkan hirisan cili kering dan teruskan menggoreng kira-kira 30 saat lagi.
- Masukkan isi ikan kod tadi diikuti sos tiram, kicap soya, serbuk ayam, kicap soya pekat, cuka hitam (black vinegar) dan air. Kacau sekata. Goreng untuk 30 saat lagi dan masukkan sedikit gula. Kacau sekata.
- Masukkan kacang cashew dan goreng lagi untuk 10 saat. Tutup api dan angkat.
- Sedia dinikmati.
CENDAWAN SHIMEJI GORENG RANGUP BERSAMA KUNING TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 50gm cendawa shimeiji | bersihkan dan asingkan setiap batang
- 4 biji kuning telur masin| hancurkan
- 2 sudu makan serbuk keju parmesan
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula
- 4 sudu makan marjerin
- 1 cawan tepung gandum
- Air secukupnya
- 2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
- Celup cendawan Shimeiji satu persatu ke dalam adunan tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai.
- Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
- Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng ke dalam adunan tersebut dan goreng.
- Hidangkan ketika panas.
DAGING SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging lembu | hiris, bersih dan tos
- 50gm cili benggala hijau | potong dadu
- 50gm cili benggala merah | potong dadu
- 50gm cili benggala kuning | potong dadu
- 50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk bunga
- 6 tangkai cili kering | potong
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk patai ayam
- 4 sudu makan air
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
- Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
- Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
- Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.