Rempah ratus bagaikan satu elemen penting dalam masakan India. Kerana itulah Puan Vasantha sanggup membuat sendiri campuran rempah ratus dalam setiap masakan yang dimasak. Kata beliau, hasil air tangan adalah kepuasan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, mahu pun tetamu yang bertamu di kediamannya. Ingin mencuba ini tiga menu masakan India yang dikongsikan olehnya.
.
HOT &SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili.
2. Perap selama 30 minit.
3. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk.
4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari.
5. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih.
6. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi.
7. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing.
8. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
BAHAN GORENG SANGAI:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan.
4. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit.
5. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi.
6. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidangkan.
.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN GORENG SANGAI
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi.
5. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit.
5. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi.
6. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi.
7. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak.
9. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.