3 Menu Olahan Dari Buah Naga,Tak Sangka Sungguh Sedap, Boleh Cuba Ni.

Share

Sedapnya buah naga, kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini, cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap. Tak percaya ini RASA kongsikan  tiga resipi dessert yang sedap. Kalau korang tak percaya, korang  boleh cuba sendiri:-

PUDING BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 1 biji buah naga ungu |potong kecil baki potongan buah naga

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
  2. Tutupkan api.
  3. Masukkan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
  5. Biarkan lebih kurang tiga hingga lima minit agar hilang wap panas, baru masukkan potongan buah naga.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk.


KEK BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung kek/superfine
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • 1/2 cawan mentega cair
  • 1/2 cawan buah naga lecek
  • sedikit buah naga didadu
  • 1 biji telur A
  • Esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung kek, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Kemudian ayak bersama dan ketepikan.
  3. Campurkan bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk dan sebatikan.
  4. Masukkan bahan cecair ke dalam bahan kering.
  5. Gaul sebati tapi jangan terlebih adun.
  6. Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
  7. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan sedia dihidangkan.

JUS BUAH NAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah naga
  • 1 tin aiskrim soda
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • 1 gelas ketulan ais secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kupas buah naga dan potong kiub.
  2. Masukkan isi buah naga dalam mesin pengisar bersama ais, aiskrim soda dan susu pekat
  3. Kisar hingga hancur.
  4. Tuang ke dalam gelas dan tambah ketulan air di dalamnya.

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin