Sedapnya di hujung minggu menikmati bubur panas atau sejuk bersama ahli keluarga di petang hari, cicah pulak dengan roti, Alahai sedapnya. Bubur antara manisan yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan . Inilah menu yang ringkas dan sedap untuk anda sekeluarga menikmatinya.
BUBUR KELEDEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
500 ml santan
150ml susu cair
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
2. Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
6. Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
7. Bubur sedia dihidangkan.
BUBUR JAGUNG BAHAN-BAHAN:
Ads
2 tongkol jagung manis yang muda | hiris nipis
2 potong agar-agar merah | dadu kecil
250ml santan kotak
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
5-6 sudu makan gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan hirisan jagung dalam periuk bersama air, rebus hingga mendidih. 2. Masukkan santan dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat. 3. Masukkan daun pandan, gula dan perasakan dengan garam untuk seimbangkan rasa. 4. Biarkan bubur mereneh lebih kurang 3-4 minit. 5. Sebelum tutup api, masukkan susu cair, kacau rata. 6. Semasa menghidangkan bubur tambah dengan agar-agar merah.
KUIH WADAI KEPENG BAHAN-BAHAN:
Ads
1 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning
Secubit garam
BAHAN KUAH SANTAN:
1 keping gua melaka
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
Secubit garam
Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Sementara itu, sediakan kuah santan.
Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
Apabila mendidih, tutup api.
Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dari melayan mata yang asyik nak terkatup ni baik bangun buat sesuatu.Ada peminat tauhu kat sini? Dah biasa buat begedil atau tauhu berlauk kali ni kita buat bebola pula. Best layan hujan-hujan macam ni. Pasti tak cukup sebiji, cicah pula dengan sos tak sedar habis sepinggan.
BEBOLA TAUHU / TOFU BALLS Bahan-bahan:
1 tiub tauhu telur (hancurkan)
200gm daging ayam kisar
3 sudu besar daun bawang/sup/sayur (dadu halus)
2 sudu besar serbuk roti @ bread crumb-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam #zida2004
Sedikit serbuk lada hitam/sulah-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
Serbuk roti untuk salutan
Cara memasak:
1.Campurkan tauhu, ayam kisar, daun bawang,daun sup,sayur, serbuk roti, garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
2.Bahagikan kepada doh-doh kecil. Kepal-kepalkan dan bentukkan membulat. Tidak apa jika ia melekat dan bentuk tidak cantik, boleh dibentuk ketika disalut dengan serbuk roti nanti.
3.Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Dalam pinggan sediakan serbuk roti untuk salutan.
4.Rendam/celupkan doh bebola tadi ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti. Golek-golekkan doh sambil dibentuk menjadi bentuk bebola jika awalnya bentuk kurang cantik.
5.Gorengkan doh bebola dengan minyak yang panas dan api sederhana sehingga perang keemasan. Toskan lebihan minyak. Boleh dihidangkan bersama sos cili ataupun mayonis. Siap untuk dihidang.
Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.
Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan resipi ini diajar kepadanya oleh arwah tok. Mudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb
Bahan-bahan
Kambing 2 kilo
Rempah daging cap babas
Cili kering 10 tangkai*
Bawang besaq 5 biji*
Bawang kecik 10 *
Bawang putih 1 labu*
Halia 1 inci cikit*
Kas2 serbuk(1 sudu)
Gula melaka
Kerisik
Daun sup
Bawang bulat
Cara memasak:
1.Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bagi sejuk baru kisar bahan2 ini
2.Kemudian ambik bahan2 yang dikisar dan tuang dlm kuali. Masukkan rempah dan kambing masak bagi naik wangi dalam masa 20 minit.
3.Bila dah naik minyak dan wangi..masukkan kerisik,gula melaka,garam dan air 1 cawan sikit,masak dalam 5 minit masukkan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boleh makan
Tekak terasa pula nak makan kek. Kalau beli ada saja yang tidak kena rasanya. Boleh saja cuba resipi kek marjerin hanya gunakan lima bahan mudah ini. Dijamin terasa puas tatkala menikmatinya panas-panas. Lihat resipi yang dikongsi oleh Siti Sobri.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan susu pekat manis
3 biji telur
*tambahan coklat cip
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu pukul hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi.
4. Bakar oven 170 selama 40 minit.
5. Keluarkan dari acuan, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.