3 Menu Pemanis Mulut Di Hari Cuti Yang Senang Masak & Sedap.

Share

Sedapnya di hujung minggu menikmati bubur panas atau sejuk bersama ahli keluarga di petang hari, cicah pulak dengan roti, Alahai sedapnya. Bubur antara manisan yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan . Inilah menu yang ringkas dan sedap untuk anda sekeluarga menikmatinya.



BUBUR KELEDEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
  • 1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
  • 2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 500 ml santan
  • 150ml susu cair
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
2. Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
6. Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
7. Bubur sedia dihidangkan.


BUBUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:

  • 2 tongkol jagung manis yang muda | hiris nipis
  • 2 potong agar-agar merah | dadu kecil
  • 250ml santan kotak
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5-6 sudu makan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan.

CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan jagung dalam periuk bersama air, rebus hingga mendidih.

2. Masukkan santan dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat.
3. Masukkan daun pandan, gula dan perasakan dengan garam untuk seimbangkan rasa.
4. Biarkan bubur mereneh lebih kurang 3-4 minit.


5. Sebelum tutup api, masukkan susu cair, kacau rata.
6. Semasa menghidangkan bubur tambah dengan agar-agar merah.



KUIH WADAI KEPENG
BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Pewarna kuning
  • Secubit garam

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 1 keping gua melaka
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • Sedikit gula | jika kurang manis

CARA MEMASAK:

  1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
  2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
  3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
  4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
  5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
  6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
  7. Sementara itu, sediakan kuah santan.
  8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
  9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana sentiasa kacau.
  10. Apabila mendidih, tutup api.
  11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.
Published by
Norasida Myasin