Kali ini RASA ingin kongsikan 3 resipi pencuci mulut yang gerenti anda suka. Boleh buat sendiri di rumah dan nikmati bersama seisi keluarga. Minum petang selalunya ringkas dan menyelerakan. Boleh dikatakan sebagai alas perut sebelum menikmati hidangan makan malam.
BAHAN-BAHAN
1 biji buah naga (dipotong dadu)
1 biji mangga (dipotong dadu)
2 sudu besar sagu
1 tin susu cair
1 sudu besar susu pekat manis
Ais batu/ais kepal
CARA MEMBUAT
1. Masukkan sagu ke dalam periuk berisi air dan masak hingga sagu kembang. Kemudian tapis.
2. Ambil bekas besar, masukkan buah naga, mangga dan sagu tadi. Boleh tambah buah lain jika suka.
2. Tambah susu cair, susu pekat dan ais batu atau ais kepal. Kacau rata. Siap!
BAHAN A: (Lapisan bawah)
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair (boleh ganti dengan air biasa).
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu besar gula
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Masukkan bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
BAHAN B : (Lapisan atas)
1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Masukkan bahan ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga lembut.
BAHAN C:
Daun pisang secukupnya (buatkan bekas secukupnya)
Gula pasir secukupnya
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil satu bekas daun pisang.
2. Masukkan 1 sudu besar gula ke dalam bekas daun pisang.
3. Tuangkan BAHAN A yang telah dikisar anggaran 3/4 penuh ke dalam acuan.
4. Kukus 15 minit.
5. Kemudian, masukkan pula BAHAN B yang dikisar sehingga memenuhi acuan.
6. Kukus lagi 10 minit.
7. Sejukkan dan sedia dihidang.
INFO: Kuih Tepung Pelita menggunakan tepung beras tapi Kuih Limas menggunakan tepung gandum namun cara penyediaannnya sama. Rasa pun lebih kurang.
BAHAN-BAHAN
1 cawan kacang hijau
2-3 cawan air (ikut suka nak cair atau pekat)
2 helai daun pandan
1 cawan santan
2 keping gula melaka
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sagu
1/2 cawan gula pasir (sebagai tambahan jika mahu)
1 cawan air (sebagai tambahan jika mahu)
CARA MEMBUAT
1. Basuh bersih kacang hijau dan rebus bersama 2 cawan air sampai empuk.
2. Kemudian masukkan daun pandan, santan, gula melaka, garam dan sagu yang telah dicuci bersih. Sentiasa kacau dengan api sederhana.
3. Tambah air dan gula pasir jika perlu. Siap!
KREDIT: Instagram Dapur Syira Lokman
ENTRI MENARIK SETERUSNYA UNTUK ANDA!
SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/
RESIPI IKAN SIAKAP SOS THAI SENANG NAK BUAT
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/