3 Rendang Raya Legend,Tak Pernah Jemu Makan.

Share

Rendang tak cukup? Kena buat lagi, jangan risau ini ada tiga resipi rendang yang memang tak menyesal masak punya, sangat sedap dan memang legend. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu. Tak caya cubalah ye…

 

 AYAM RENDANG MINANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
  • 500ml santan pekat
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 4 batang serai | titik
  • 5 helai daun limau purut | carik-carik
  • 1 helai daun kunyit |carik-carik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan miinyak, tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
  2. Seterusnya masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumisan,  kemudian tambah sedikit air dan tutup periuk. Biarkan mereneh atas api sederhana.
  3. Setelah air tumisan kering, masukkan santan, daun kunyit, daun limau purut, serai dan asam gelugor.
  4. Biarkan mereneh hingga kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Kecilkan api, biarkan rendang menjadi kering.
  6. Tutup api, dan rendang sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama lemang atau nasi impit.


RENDANG TOK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging  | hiris
  • 500ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik
  • 3-4 sudu makan gula kabung/Melaka
  • Sedikit hirisan kelapa
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 15 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 20 biji bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.
  2. Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.
  4. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’
  5. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
  7. Tutup api jika tidak mahu garing.
  8. Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.

DAGING RENDANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris sederhana , cuci dan tos
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 6 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4cm kunyit hidup
  • 25 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging dalam kuali bersama separuh bahan kisar berserta serai titik.
  2. Renehkan atas api sederhana hingga air daging kecut dan airnya kering.
  3. Tambahkan santan di dalamnya bersama separuh lagi bahan kisar tadi dan daun kunyit.
  4. Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  5. Setelah kuah pekat, tambahkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila timbul minyak dan cukup rasa.
  7. Rendang sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin