Ayam panggang homemade ala restoran ni memang sedap. Makan dengan nasi boleh, kalau nak hidang bersama kentang atau sayur-sayuran je pun layan. Tak perlu dah bayar mahal-mahal sebab anda pun boleh buat sendiri. Jom cuba! Anak-anak pasti suka.
RESIPI AYAM PANGGANG HOMEMADE
1. BBQ HONEY CHICKEN WINGS
Ads
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kepak ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan madu
2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan minyak jagung
Garam secukup rasa
Bijan putih untuk ditaburkan atas ayam
CARA MEMASAK:
Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam.
Bakar sehingga kepak ayam masak kekuningan .
INFO CHEF: Untuk perapan lebih baik simpan ayam yang telah diperap dalam peti sejuk.
2. GRILLED LEMON & YOGURT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
8 keping bahagian paha ayam
1 cawan yogurt putih
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 cm halia | cincang
1 biji cili hijau
1/2 sudu teh kunyit
3/4 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
3/4 sudu teh garam
Ads
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili hijau.
Campurkan bahan kisar dengan yogurt, serbuk kunyit, cili, ketumbar serta garam.
Kemudian gaulkan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
Bakar hingga masak. Boleh guna ketuhar ( suhu 200c selama 15-20 minit atau hingga masak) atau pemanggang ajaib.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan sos Lada Hitam atau sos BBQ.
3. BBQ DRUMSTIK
Ads
BAHAN-BAHAN:
4-6 ketul paha ayam
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMASAK :
Bersihkan paha ayam dan toskan.
Gaul semua bahan bersama paha ayam.
Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
Bakar sehingga masak atau kekuningan.
Hidangkan bersama salad, lobak merah, cili Bangala pangang dan sos cili.
INFO CHEF: Jika ingin segera dipanggang atau bakar, boleh kelar-kelar paha ayam supaya bahan perapan cepat sebati dengan isi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kanak-kanak memang suka makan nugetayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.
RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 keping dada ayam – kisar tanpa air
2 biji telur ayam
2 sudu makan tepung ubi kayu
4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
1 sudu teh lada sulah
Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
Telur – dipukul sedikit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.
4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.
5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
Kadang buat sendiri ayam goreng kunyit kat rumah, rasa tak sama macam kat kedai. Teringin gak nak makan yang sedap macam tu kan? Nah, RASA berikan resipinya. Boleh buat sendiri.
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan Untuk Ayam
600 gram dada ayam (dipotong dadu)
15 gram tepung jagung
10 gram tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 kiub pati ayam
Sedikit air
Garam jika perlu (sebab dah ada kiub ayam tu)
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Lobak merah (hiris panjang)
Kacang panjang (potong panjang)
Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan tepung jagung, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk kari dan kiub pati ayam dan garam sekejap sebelum goreng.
2. Panaskan minyak masak. Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak masak sepenuhnya.
3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang panjang. Kacau sekejap.
4. Angkat dan toskan.
SAMBAL BELACAN SPECIAL
Bahan Tumbuk Untuk Sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah.
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Cara membuat
1. Tumbuk semua bahan di atas sehingga agak halus.
2. Ambik sedikit minyak masak bekas goreng ayam tadi. Masukkan baha tumbuk. Masak sekejap dalam 5-8 minit.
3. Angkat dan hidangkan.
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan. Biarpun resipi trending bertukar ganti, gulai lemak cili padi, asam rebus daging, dan opor nangka ibu tetap jadi pilihan . Untuk membangkitkan nostalgia, Bonda Jaoyah tidak kedekut berkongsi resipi air tangan beliau untuk kita semua.
1. UDANG MASAK LEMAK CILI API BERSAMA DAUN SELOM
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar |bersih dan tos
1 batang serai |titik
2 ulas bawang merah |kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup | kisar
Seikat daun selom | potong
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Masukkan garam, udang dan daun selom.
Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama kerana ia akan menjadi sedikit keras.
2. TELUR MASIN LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup |kisar
10 biji cili padi |kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali telur.
Didikan kuah sehingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu telur masin boleh juga menggunakan telur itik biasa.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.