Raya semakin dekat, kemeriahan makin terasa. Pastinya kuih raya menjadi tumpuan. Sama ada buat sendiri atau beli, memang kuih raya menjadi hidangan wajib ada atas meja.
Jom kita buat 3 resipi biskut raya lejen iaitu biskut Arab atau biskut Makmur,biskut tart nenas dan biskut dam.
BISKUT ARAB @ MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
*800gm -1kg tepung gandum (sangai kejap 5 minit) – beli online di sini *1 ½ cawan gula aising (½ cawan untuk salut) – beli online di sini *1 cawan susu tepung (½ cawan untuk salut) *400gm minyak sapi (apa-apa jenama pun okay) – beli online di sini
1. Satukan semua bahan, gaul (jangan lupa asingkan ½ cawan gula dan ½ cawan susu untuk salutan). 2. Uli hingga sebati menjadi doh dan bulat-bulatkan. Bakar api atas bawah 150°C selama 20 minit atau hingga masak. 3. Sejukkan dulu, ingat tu sejukkan dulu dan bolehlah salutkan dengan gula+susu, siap.
p/s: kalau rajin boleh letak inti kacang tumbuk/isi kurma
2. Kemudian bolehlah terap. Untuk inti nenas, saya sukat guna 1 sudu teh. 3. Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit. Suhu dan masa bergantung pada ketuhar masing-masing.
1. Pukul marjerin dan gula ising hingga sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau lagi.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga menjadi doh.
Ads
3. Bahagikan doh kepada 2, satu bahagian letak serbuk koko yang sudah diayak dan satu bahagian lagi biarkan warna asal.
4. Doh kedua-dua warna dicanai panjang. Lepas dah canai, potong seperti dalam gambar. Nak panjang boleh, nak pendek macam ni pun boleh.
5. Kemudian, hiris panjang-panjang doh. Susun mengikut warna kuning coklat atau coklat kuning. Ni susunan dia, boleh jadi kuning coklat kuning atau coklat kuning coklat. Ulang untuk tiga lapisan.
6. Lepas dah siap, balut dengan plastik. Dah siap semua macam ni letak dalam peti ais untuk bagi dia keras, nanti senang nak potong.
7. Ni dah potong siap-siap pakai scrapper. Nanti susun je dalam loyang. Sementara tunggu yang dalam ketuhar tu masak, boleh je simpan sementara dalam peti ais semula sebab nanti dia lembik.
Kalau biasa sotong kita masak sambal, bakar atau kari, kali ni kita buat pula kerabu sotong Thai. Mudah dan tak perlu banyak bahan. Caranya dikongsi oleh Yani Nadzirah II.
Cara buat kerabu sotong yang mudah, banyak tak banyak tapi sedap
Bahan-bahan
1/2 kg sotong
1 biji bawang besar – siap hiris
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi – campur merah & hijau
2 biji limau nipis
1 sudu nisey Thai – boleh ganti dengan gula biasa jika tiada
2 sudu sos ikan (Nampla)
1 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar – dihiris
Cara membuat:
1) Rebus sotong seketika. Angkat dan tos. Simpan 1-2 sudu air rebusan sotong.
2) Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili api. Masukkan dalam satu bekas dan letak air rebusan sotong satu sudu.
3) Masukkan nisey Thai, sos ikan. Gaul sebati. Perah air limau nipis ikut tahap masam yang dikehendaki.
4) Perasakan ikut cita rasa kita. Kemudian masukkan sotong yang sudah ditos bersama bahan yang ditumbuk tadi. Gaul sampai mesra cili dengan sotong tadi.
5) Tabur tomato yang dah dipotong dadu dan daun ketumbar yang dah dihiris halus. Gaul sebati. Siap!
Sesekali masak ikan gaya barat pasti membuka selera. Kombinasi isi ikan yang lembut dan dinikmati bersama beraroma menjadikan hidangan ni sangat enak sekali. Nak makan dengan nasi boleh, nak nikmati bersama roti pun sesuai. Sedap! Memang kena cuba.
STEW IKAN MERAH ALA ITALI
BAHAN-BAHAN:
600gm isi ikan merah
500ml air rebusan sayur-sayuran
2 sudu makan minyak zaitun
2 biji bawang besar | dicincang
4 batang saderi | dihiris
3 ulas bawang putih | dicincang
400gm tomato pronto
300gm ubi kentang | dikupas kulit dan didadu besar
2 helai daun bay
1 biji lemon | diambil jus
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar bersama saderi selama lima minit. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
Masukkan tomato pronto, ubi kentang, daun bay, serbuk lada hitam dan air rebusan. Biarkan medidih anggaran 15 minit.
Kemudian masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan dan ubi kentang masak sepenuhnya.
Masukkan jus lemon dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain ikan merah, boleh juga menggunakan ikan kod, tilapia ataupun ikan dori.
Bila dah dekat nak habis puasa ni, ada harinya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian berbuka puasa hari ni. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | di mayang
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kaki ayam
1/2 biji bawang besar | di mayang
5 biji cili api hijau | dipotong
2 biji cili merah | dihiris halus
1 batang serai | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 pokok daun sup| dihiris halus
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
10 biji sayur bendi
5 biji cili merah | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu besar udang kering
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan bendi dan potong serong.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!