3 Resipi Filipina Yang Mudah & Kena Dengan Selera Orang Malaysia.

Share

Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.

 

1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)  

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
  2. Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
  3. Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
  5. Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
  6. Goreng hingga masak.
  7. Hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.

 

2. BEEF KALDERETA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang | potong kiub
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
  • 1 biji kentang | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu teh empingan cili kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 sudu makan minyak masa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
  3. Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
  4. Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
  5. Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
  6. Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api dan menu sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.

 

3. KWEK KWEK

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
  • Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
  • Minyak masak |untuk menggoreng

BAHAN BANCUHAN TEPUNG:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 150ml air sejuk
  • Pewarna oren
  • Lada sulah dan garam secukup rasa
  • 150ml air

BAHAN SOS:

  • 2 sudu makan cuka
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu teh kicap manis

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
  3. Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
  4. Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
  5. Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
  6. Angkat dan ketepikan.
  7. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
  8. Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.

INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.

 

Published by
Nur