Bila tiba bulan puasa, bermulalah persiapan menyambut Hari Raya. Masa ni lah kaum ibu sibuk buat juadah berbuka, kuih muih raya dan juga kek. Maklumlah, raya kan setahun sekali je. Tapi percayalah, memang penat! Tapi ada satu gajet ni boleh mudahkan kerja-kerja memasak anda.

Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian di pagi Syawal.

6 SEBAB KETUHAR NI BEST!

  1. SAIZ BESAR

Bersaiz 38L membolehkan anda memasak masak biskut dan kek dengan banyak dalam satu-satu masa tanpa perlu ulang masak beberapa kali. Kalau buat pizza atau kek saiz 10 inci memang muat tau!

  1. KAWALAN MASA YANG PANJANG

Dilengkapi dengan kawalan masa sehingga 120 minit. Wow! Bolehlah masak bermacam-macam sajian tanpa perlu datang jenguk ketuhar untuk tambah masa memasak.

  1. SISTEM KAWALAN SUHU PELBAGAI GUNA

Yang ni memang best. Ketuhar ni dilengkapi dengan sistem kawalan suhu antara  70˚C – 230˚C sekaligus membolehkan anda melakukan proses penapaian doh roti, buat buah kering, kek dan biskut serta memanggang hanya dengan satu ketuhar.

  1. TOMBOL API ATAS BAWAH BOLEH LARAS

Ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK didatangkan dengan ciri-ciri terbaik seperti sistem pemanasan double M boleh laras. Ia sekaligus membolehkan anda mengawal suhu ketuhar atas dan bawah dengan lebih mudah agar sesuai dengan masakan anda.

  1. KIPAS BERKUASA TINGGI

Ketuhar ini juga dilengkapi dengan kipas berkuasa tinggi yang berfungsi mengawal suhu ketuhar yang mana ia akan menjadikan makanan dapat masak dengan sekata.

  1. GRILL BERPUTAR 360 DARJAH

Panggangan berputar 360 darjah mampu menghasilkan ayam panggang yang lembut didalam dan garing diluar tanpa perlu membalikkan secara manual. Memang mudah!

IKLAN

Memang best kan ketuhar elektrik Panasonic NB-H3800SSK ni? Jadi jom cuba resipi-resipi di bawah ni. Pasti anda kagum dengan hasil dan rasanya.

 

MANGO MANIA COFFEE CAKE

3 Resipi Gerenti Sedap 5 Star. Cepat Dimasak Hanya Guna Ketuhar Je

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 250gm mentega
  • 2 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
  • 1/2 cawan gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair

BAHAN KRIM KEJU MANGGA:

  • 100gm krim keju
  • 1/2 cawan gula ising
  • Sedikit esen mangga
  • Puri mangga secukupnya
  • Mangga segar untuk hiasan
  • Sedikit parutan kelapa

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
  2. Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 190˚C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
  5. Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
  6. Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
  7. Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut

 

NUTTELA OAT MEAL

3 Resipi Gerenti Sedap 5 Star. Cepat Dimasak Hanya Guna Ketuhar Je

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 141gm mentega | cairkan
  • 130gm gula perang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan rolled oats
  • ¾ sudu teh serbuk penaik
  • 1/8 sudu teh garam
  • 150gm nutella
  • 75gm semi sweet chocolate chip
  • Sedikit esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
  2. Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
  4. Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 180˚C.
  7. Biarkan sejuk, barulah dipotong.

 

AYAM PANGGANG ROSEMARY

 3 Resipi Gerenti Sedap 5 Star. Cepat Dimasak Hanya Guna Ketuhar Je

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 1 batang seleri                                  |potong empat
  • 1 sudu teh herba thyme
  • 1 sudu teh rosemary
  • 1 biji bawang besar                          |belah dua
  • Beberapa tangkai daun parsli
  • 1 helai daun bay
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos Lea & Perrins
  • 4 ulas bawang putih                        |tumbuk halus
  • 1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
  •  Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)

CARA MEMASAK:

  1. Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
  2. Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  3. Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200˚C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
  4. Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
  5. 5.Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
  6. Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown sauce dan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
  7.  Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
  8. Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut citarasa masing-masing.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI