3 Resipi Kukus Ekspres Yang Popular, Sihat & Paling Mudah Dibuat.

Share

Ramai yang beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat sebenarnya ia adalah menu paling mudah disediakan dan  cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga  sedap dan sihat. Cuba 3 resipi kukus ekspres yang popular dan sihat  yang boleh dibuat.

 

AYAM KUKUS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha ayam  | bersih, kelar dan toskan
  • 3 sudu makan tauchu  | kisar
  • 4  ulas bawang merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun bawang  | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Sedikit  hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh  jus limau nipis
  • 1 sudu teh  minyak bijan
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3cm halia muda
  • 2 ulas bawang putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
  3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos.
  5. Panaskan  sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  6. Seterusnya  masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan  sedikit air.
  7. Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
  8. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
  9. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang,  lobak merah  dan daun ketumbar.

 

INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah dengan hirisan cili padi. Menu ini juga enak dihidangkan panas-panas.

………..

 

IKAN BAWAL KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal hitam | siang,  bersih dan tos
  • 1 sudu makan  sos tiram
  • 1 sudu makan  sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu the lada sulah
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 1/2 biji bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji cili padi | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2  sudu makan minyak

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Sedikit hirisan limau nipis

BAHAN KISAR:

  • 2cm halia muda
  • 1 ulas bawang putih

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ikan  yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan  sedikit minyak bijan.
  3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
  6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
  7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan  garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
  8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos  di atas ikan yang telah dikukus tadi.
  9. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
  10. Ikan kukus sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Anda juga boleh menggunakan ikan lain  isi putih seperti siakap, kerapu atau tenggiri.

…………..

 

SOTONG SUMBAT  MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1/2  sudu makan  minyak masak
  • 1 biji  bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih | kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh  serbuk lada sulah

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sumbut sotong dengan  bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
  4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
  5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus  lebih kurang 10-2 minit.
  6. Sementara itu sediakan sos.
  7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili  hingga wangi.
  8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
  9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
  10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
  11. Sotong sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Gunting sedikit bahagian badan sotong supaya sos dapat masuk ke bahagian dalam sotong.

…………….

Kredit resipi: SHIDA YASIN

Published by
Mastura Abu Kassim