Masuk hari ke 14, pasti ramai yang tercari-cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nanti. Resipi yang RASA kongsi ni pasti anda suka. Sangat mudah & sedap! Penyediaannya tidaklah terlalu rumit, namun yang pasti, lauk pauk ni pasti kena dengan selera anda yang suka menu pedas.
1. SAMBAL CILI PADI UDANG DENGAN KAMPAS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang ] bersihkan
- 3 biji kampas saiz sederhana ] buang biji, hiris dan rendam seketika dalam air garam
- 20 biji cili hijau
- 4 ulas bawang merah
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi dan bawang hingga lumat. Ketepikan.
- Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang tadi hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan lebihan minyak menggoreng tadi, tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili padi bertukar menjadi hijau gelap. Masukkan asam gelugur.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan kampas dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka lagi pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
2. MASAK LEMAK JERING TUA TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg jering tua ] rebus dan tumbuk sedikit
- 2kg santan 10 biji cili padi ] tumbuk 3 batang serai ] ketuk
- 2cm kunyit hidup ] tumbuk
- 1 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Terlebih dahulu, jering tua direbus hingga empuk. Kemudian ditumbuk sedikit dengan lesung batu. Ketepikan.
- Masukkan santan di dalam periuk. Masukkan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata.
- Masukkan jering tua, serai, asam gelugur dan masak menggunakan api perlahan.
- Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Biarkan mereneh hingga kuah agak pekat.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan jering direbus benar-benar empuk supaya lebih sedap.
3. TEMPOYAK GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tempoyak
- 200gm ikan bilis
- 15 biji cili padi
- 2 helai daun kunyit ]racik kasar
- 2 batang serai ] ketuk
- 2cm kunyit hidup
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar cili padi dan kunyit hingga lumat. Ketepikan.
- Masukkan tempoyak di dalam sebuah mangkuk dan satukan dengan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan lebihan minyak menggoreng bilis, tumis tempoyak tadi. Masukkan daun kunyit, serai dan asam gelugur.
- Jangan lupa untuk sentiasa mengacau kerana ia mudah melekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan bilis yang siap digoreng. Kacau sebati. Angkat dan sedia dihidangkan.