Masak lemak cili padi ni popular di Negeri Sembilan. Hidangan ni menjadi kegemaran ramai dan sudah ada macam-macam cara memasak lauk masak lemak cili api. Ada juga yang panggil masak lemak kuning. RASA nak kongsikan tiga jenis lauk yang boleh dibuat masak lemak cili api. Nanti cuba tau.
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak untuk menumis
1 batang serai (titik)
1 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kecil kunyit hidup (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
2 ekor ketam (bersihkan dan belah dua)
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan kecuali ketam, santan dan garam.
2. Setelah naik aroma, masukkan santan. Biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
3. Masukkan ketam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Selepas lima minit, tutup api.
5. Hidangkan panas-panas.
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz besar (bersih dan tos)
1 batang serai (titik)
2 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup (kisar)
Seikat daun selom (potong)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan daun selom.
2. Kemudian didihkan kuah atas api sederhana hingga mendidih.
3. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
4. Masukkan garam, udang dan daun selom.
5. Biarkan lebih kurang lima minit. Tutup api
6. Hidangkan panas-panas.
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai (titik)
1 ulas bawang merah (kisar)
1 keping asam gelugur
2 sudu kunyit hidup (kisar)
10 biji cili padi (kisar)
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali telur.
2. Didikan kuah sehingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
5. Tutup api dan hidangkan.
Selamat mencuba!