Erm masamnya rasa yogurt. Mungkin inilah luahan buat yang pertama kali menikmati yogurt. Namun di sebalik rasa masam itu terkandung khasiat yang tinggi buat mereka yang menikmatinya. Yogurt merupakan salah satu produk tenusu yang tak kurang nikmatnya berbanding keju. Selain enak, yogurt mengandungi bakteria yang baik untuk melancarkan proses pencernaan.

Di samping itu, yogurt kerap digandingkan bersama dengan bahan makanan lainnya. Dengan kreativiti anda, yogurt menjadi penambah rasa pada makanan seperti nasi goreng, sup krim atau masakan kari pada hidangan India.

Terdapat pelbagai jenama yogurt di pasaran. Antara yang terjamin kualiti dan keenakkannya ialah Lactel Yogurt.

Kelebihan Lactel Natural Set Yogurt (Lactel Yogurt ‘Set’ Asli)

3 Resipi Menggunakan Yogurt Ini Ternyata Sedap Memikat

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli adalah sejenis yogurt asli yang diperbuat daripada bahan seperti (air, susu dan kultur hidup). Ia merupakan yogurt asli yang rendah lemak, tiada gula tambahan dan rasa yogurt yang lazat serta dijamin Halal.

Ia merupakan produk serba guna kerana dapat digunakan dalam pelbagai masakan untuk menggantikan bahan tinggi lemak kerana sifatnya yang rendah lemak.

Ia boleh dimakan sebagai makanan sampingan yang sihat (dicampur dengan buah-buahan segar, madu, kekacang dan sebagainya. Anda boleh mengolah rasa natural yogurt dengan menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi, pisang, mangga dan sebagainya untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang lebih sedap.

Yogurt ini boleh dimakan begitu sahaja dengan rasa semulajadi (yogurt biasa/ digunakan dalam masakan). Natural yogurt adalah yogurt kosong yang tidak ditambah sebarang perasa. Oleh sebab itu, yogurt jenis ini adalah pilihan yang sering digunakan dalam masakan sama ada pencuci mulut, kek atau lauk-pauk.

SERBA GUNA

Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ialah  produk serba guna yang membantu anda menyediakan makanan sihat. Ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk masakan kari, yogurt parfait, sos salad, minuman smoothies dan banyak lagi.

Setiap 100gm hidangan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli hanya mengandungi 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan (Sumber: Nutrient Composition of Malaysia Foods (1997). Bagus bukan, selain dapat menjaga kesihatan, yogurt juga lebih mudah dicerna oleh tubuh badan berbanding dengan santan.

Yogurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga boleh digunakan dalam resipi masakan anda. Contohnya seperti ditambah ke dalam masakan kari atau sebagai salah satu bahan ketika membuat salad kesukaan anda.

IKLAN

Selain daripada sedap dimakan begitu sahaja  Lactel Yogurt ‘Set’ Asli  juga sesuai sebagai penambah rasa hidangan. Rasanya yang enak dan sempurna membuatkan yogurt ini sesuai untuk dijadikan sos asas pencicah, menjadi perapan yang enak dan sempurna dan juga melazatkan pencuci mulut untuk seisi keluarga.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini,sila layari laman web https://lactel.com.my/product/lactel-natural-set-yogurt/

Dikongsikan resipi enak menggunakan yogurt yang boleh anda cuba.

 

3 Resipi Menggunakan Yogurt Ini Ternyata Sedap Memikat

 

Yogurt Spicy Tomyam Seafood

Bahan-bahan:
3 mangkuk air
3 sudu makan pes TomYam
2 sudu makan pes cili Thai
4 sudu makan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 inci lengkuas(diketuk)
3 batang serai (dihiris)
2 biji bawang merah(dihiris)
10 batang cili padi (diketuk)
Akar daun ketumbar
4 helai daun limau purut
200gm udang
200gm sotong
200gm lala
200gm ketam
1 tin cendawan straw
1 paket cendawan tiram
4 sudu makan jus lemon
Sedikit sos ikan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar

Cara memasak:
1.Masak 3 mangkuk air sehingga mendidih.
2.Setelah air mendidih masukkan lengkuas,serai,bawang merah,akar daun ketumbar. Kemudian masukkan pes Tomyam bersama dengan pes cili Thai.
3.Biarkan bahan masak dalam 4 ke 5 minit,kemudian masukkan semua seafood.(masak seafood tak perlu lama,2 ke 3 minit sudah cukup)
4.Tambahkan daun limau purut(dibuang akar tengah),tambahkan cili api dan juga cendawan.
5.Kemudian masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli ,jus lemon,sos ikan dan juga garam secukup rasa.
6.Akhir sekali taburkan daun ketumbar.

https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158839068068739

 

3 Resipi Menggunakan Yogurt Ini Ternyata Sedap Memikat

 

Lactel Yogurt Shepherd’s Pie

Bahan-bahan:
✳️Kentang lenyek
9 biji kentang US Russet
⅓ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil daun parsley (kering atau segar)

✳️Inti:
3 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang holland – dipotong dadu
500gm daging cincang – ayam/lembu/kambing
2 helai daun salam
4 tangkai daun thyme
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan bawang putih cincang
2 sudu makan serbuk cili atau pes cili
1 tin diced tomatoes
1 cawan lobak merah didadukan
1 cawan seleri
1 cawan cendawan
1 cawan kacang peas
4 sudu makan tepung gandum
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 sudu makan worcestershire sauce
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
¼ cawan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli

Cara memasak:
1.Rebus ubi kentang hingga empuk.
2.Tos dan lenyekkan.
3.Masukkan mentega, garam, daun parsley dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli.
4.Gaul sebati dan ketepikan.
5.Tumis bawang holland dengan minyak zaitun sehingga layu.
6.Masukkan daging cincang, daun salam, serbuk lada hitam, daun thyme dan bawang putih, goreng hingga daging keperangan.
7.Masukkan serbuk cili, diced tomatoes,lobak merah, cendawan dan seleri, masak hingga sekata.
8.Masukkan tepung gandum, gaul rata dan tambah air.
9. Perasakan dengan kiub pati ayam, worcestershire sauce, gula perang dan garam.
10.Masak sehingga kuah agak kering.
11.Masukkan kacang peas dan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, gaul rata.
12.Letakkan kentang lenyek di atasnya, sapu rata.
13.Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
14.Keluarkan, sapu mentega di atas permukaaan pai.
15.Bakar lagi selama 5-10 min atau sehingga warna keperangan.

 

https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158852056438739

 

3 Resipi Menggunakan Yogurt Ini Ternyata Sedap Memikat

 

Strawberry Yogurt Ice Cream

Bahan-bahan:
250gm strawberi
1 sudu makan jus lemon
125gm gula castor
240gm non dairy whipping cream
200gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
2 sudu makan susu pekat

Cara membuat:
1.Kisarkan strawberi kemudian masak selama 7 minit.
2.Masukkan gula, dah siap ketepikan.
3.Pukul whipping cream hingga kembang.
4.Masukkan  Lactel Yogurt ‘Set’ Asli, susu pekat dan jam strawberi.
5.Siap dan sejukkan semalaman.

 

https://www.facebook.com/majalahrasa/posts/10158844388893739

Tenyata yogurt enak ini boleh dipelbagaikan dalam masakan. Inginkan lebih banyak resipi menggunakan yogurt boleh layari https://lactel.com.my/recipes/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI