Gandingan Aunty Aini dengan Adamdidam di set dapur RASA  Ketuhar Kuali  semakin serasi menjadikan  kedua-dua personaliti ini bagaikan ibu dan anak yang saling berkongsi ilmu dan petua masakan masakan dan baking sehinggakan menu yang dikongsikan oleh mereka semakin bervariasi.

Istimewanya kali ini Aunty Aini dan Adam menggunakan gula perang yang dikeluarkan oleh Central Sugars Refinery Sdn Bhd ( CSR) untuk resipi di dalam resipi mereka.  Untuk info, Gula Perang CSR  ini dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi, maka ia amat baik untuk meningkatkan rasa makanan dan minuman.

 3 Resipi Mudah Musim Cuti Sekolah, Air Tangan Aunty Aini & Adamdidam Ni Sesuai  Mak-Mak Cuba.

Kebetulan pula tiga resipi yang dikongsikan pada episod kali ini, Popcorn Bunga Kubis Bersama Sos Lemon Madu,  Spaghetti Carbonara dan Bar Badam Bermadu sesuai untuk mak-mak cuba di musim cuti sekolah. Anak-anak yang sentiasa lapar cuti sekolah ni mesti sukakannya.

Kepada anda yang mengikuti program Ketuhar Kuali untuk episod 5  di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD135 pukul 12 tengahari pada Isnin lepas, tetapi tidak berkesempatan untuk mendapatkan tiga resipi  yang dikongsikan oleh Aunty Aini dan Adam, berikut dikongsikan resipinya.

Ads

 3 Resipi Mudah Musim Cuti Sekolah, Air Tangan Aunty Aini & Adamdidam Ni Sesuai  Mak-Mak Cuba.

POPCORN BUNGA KUBIS BERSAMA SOS LEMON MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bunga kubis
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu makan soda bikarbonat
  • 1 sudu makan garam
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • ¾ cawan air
  • 2 biji lemon
  • ¼ cawan madu
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan  Gula Perang CSR
  • Chili flakes
  • Garam
  • Daun thyme

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Potong dadu kecil bunga kubis.
  3. Campur tepung gandum, serbuk soda bikarbonat, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Tambahkan sedikit air kedalam bater dan gaul rata.
  5. Masukkan sedikit jus lemon.
  6. Celup kubis bunga dan goreng dalam minyak penuh.
  7. Toskan kubis bunga apabila sudah warna keperangan.
  8. Panaskan periuk, masukan madu, gula perang, sedikit garam, chili flakes, dan sebiji jus lemon.
  9. Curah dan gaul sos bersama kubis bunga goreng.
  10. Taburkan sedikit lemon sagat dan daun thyme.
  11. Siap untuk dihidang.

 3 Resipi Mudah Musim Cuti Sekolah, Air Tangan Aunty Aini & Adamdidam Ni Sesuai  Mak-Mak Cuba.

SPAGHETTI CARBONARA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pek Beef Bacon
  • 2 labu bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cawan kacang pis
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • ¾ krim masakan
  • ¾ keju Parmesan
  • 1 pek spaghetti
  • 3 cawan susu segar
  • 3 helai daun bay
  • 1 sudu besar herba campur
  • Minyak zaitun secukupnya
  • 2 sudu makan tepung gandum

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega.
  2. Goreng beef bacon.
  3. Masukkan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
  4. Apabila sebati, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  5. Masukkan daun Bay, serbuk lada hitam, herba campur, garam, dan susu dan krim masakan.
  6. Apabila menggelegak, kacang pis.
  7. Gaulkan kuah dengan spaghetti dan taburkan keju.
  8. Siap untuk dihidang.

  3 Resipi Mudah Musim Cuti Sekolah, Air Tangan Aunty Aini & Adamdidam Ni Sesuai  Mak-Mak Cuba.

Ads

BAR BADAM BERMADU BERMADU

BAHAN-BAHAN:

  • 90gm Rolled Oats
  • 80gm kelapa parut kering
  • 150g tepung serbaguna
  • ½ sudu teh garam
  • 80gm mentega |cairkan
  • 115gm madu
  • 140gm hirisan badam
  • 1 sudu makan Chia Seed
  • 150gm madu
  • 60g mentega |cair
  • 50gm Gula Perang CSR | untuk tabur di atas bar

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar rolled oat sehingga halus.
  2. Tambahkan kelapa parut kering, tepung gandum, garam dalam mesin kisar, dan kisar halus.
  3. Masukkan sedikit mentega cair dan madu dan sambung kisar sehingga menjadi tekstur doh.
  4. Tuang doh dalam loyang pembakar, ratakan dan mendapkan.
  5. Campurkan hirisan kacang Almond, chia seed, madu dan mentega cair kedalam satu mangkuk berasingan.
  6. Gaul rata bahan-bahan dan letak di lapisan atas doh.
  7. Tekan dan mendapkan bahan.
  8. Taburkan gula perang CSR di atas bar kacang.
  9. Bakar selama 25 minit pada suhu 180’C.
  10. Siap untuk dihidang.

 

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI