Ibu-ibu yang bekerjaya lebih menggemari sajian yang mudah, sedap dan tidak memerlukan masa memasak yang lama. Namun pada masa yang sama mereka peka dalam aspek pemilihan bahan-bahan supaya sajian yang disediakan lebih berkhasiat dan memberikan banyak manfaat buat keluarga.

Terdapat pelbagai pilihan yang ada dan bagi yang belum pernah merasa, usah takut untuk mencuba. Contohnya dengan menggantikan penggunaan santan kepada yogurt asli yang lebih sihat.

Kini tidak perlu lagi menikmati yogurt begitu sahaja. Hanya menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli and Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila anda boleh menghasilkan pelbagai menu yang sedap, mudah dan sihat untuk keluarga.

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

Lactel Yogurt adalah pilihan terbaik di bulan Ramadan ini. Asli dan rendah lemak, ia adalah produk yang dihasilkan dari susu, air dan kultur hidup. Setiap hidangan 100gm mengandungi 57kcal tenaga dan 1.6gm lemak sahaja. Malah tiada penambahan gula di dalamnya menjadikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli  sebagai sumber kalsium yang bagus untuk tubuh.

Rasai kebaikan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli di waktu sahur dengan menikmatinya bersama oat, buah-buahan dan juga kekacang untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Memang sedap dan perut pun rasa kenyang lebih lama.

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

Malah jika terasa nak berbuka dengan juadah Ayam Percik, Daging Bakar Berempah atau Kambing Golek yang sedap, tambahkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dalam kuah percik dan juga perapan. Hasilnya memang sedap malah lebih berperisa. 

Seusai solat terawih pula, aneka kuih muih, manisan serta minuman sejuk pastinya menjadi pilihan ramai. Inilah masanya untuk anda jadi lebih kreatif dalam menyediakan menu yang lebih sihat. Dengan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila, anda boleh menghasilkan puding, aiskrim ‘homemade’, salad buah, kek malah aneka minuman ‘smoothies’ pelbagai perisa. Sedap dan pada masa yang sama anda boleh kawal jumlah gula yang digunakan. Sekali buat, satu keluarga boleh nikmati. Memang jimat.

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

IKLAN

Nah..sebenarnya dengan yogurt asli ni macam-macam menu boleh anda hasilkan. Jadi usah ragu-ragu kerana dengan adanya Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dalam peti sejuk anda, kerja menyediakan juadah di bulan Ramadan tentunya lagi lebih mudah dan cepat.

Istimewa buat anda, Lactel menambah keceriaan Ramadan dengan berkongsi  tiga resipi mudah, sedap dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila. Moga Ramadan kali ini lebih ceria. Selamat mencuba!

 

BUTTERMILK YOGURT CHICKEN

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 400gm ayam – potong kecil
  • 500ml susu cair
  • 100ml Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 ulas bawang putih – cincang halus
  • 6 biji cili padi – ketuk kasar
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • Tepung jagung secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan sedikit garam, lada sulah, Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dan rempah kari ke atas ayam. Lumurkan tepung jagung lalu goreng ayam hingga garing dan kekuningan. 
  2. Panaskan mentega di dalam kuali hingga cair. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi.  Tumis hingga wangi.
  3. Tuang susu cair, gula perang dan sedikit bancuhan tepung jagung (tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air) dan sebatikan kuah hingga agak pekat. Sesuaikan rasanya.
  4. Masukkan ayam goreng dan kaup-balikkan. Hidangkan dengan nasi putih.

 

KURMA KAMBING YOGURT

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

BAHAN- BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging kambing – potong kecil
  • 4 biji ubi kentang saiz medium – potong dadu besar
  • 800ml susu segar
  • 200gm Lactel Yogurt ‘Set’ Asli
  • 1 biji bawang besar – belah empat
  • 6 ulas bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 3 biji buah keras – kisar
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan minyak sayur/sapi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tomato & cili hijau (pilihan) – untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, campurkan Lactel Yogurt ‘Set’ Asli dengan daging kambing lalu digaulkan sebati. Perap selama 30 minit.
  2. Di dalam periuk, panaskan minyak sayuran/minyak sapi di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga wangi.
  3. Masukkan bawang kisar dan buah keras kisar lalu tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kurma, daun kari dan daging kambing yang telah diperap.
  5. Masukkan susu segar dan ubi kentang. Didihkan hingga daging empuk.
  6. Tambah bawang besar, tomato yang dibelah empat dan cili hijau yang dibelah tengah.
  7. Apabila semua bahan telah masak, sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

 

KEK YOGURT BUAH-BUAHAN

3 Resipi Mudah & Sedap Boleh Masak Di Bulan Ramadan dengan Yogurt

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm mentega
  • 210gm tepung naik sendiri
  • 180gm gula kastor
  • 50gm Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila
  • 3 biji telur – gred A
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon
  • Buan-buahan – pic/blueberi/strawberi (hiris & toskan)
  • Gula aising – untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega berjenama PRÉSIDENT ®️ bersama gula hingga kembang dan ringan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan Lactel Yogurt ‘Set’ Perisa Vanila dan parutan lemon. Kacau lagi adunan.
  4. Masukkan tepung, kaup-balikkan rata.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan pilihan yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas parchment.
  6. Satukan buah-buahan yang telah dihiris dan ditapis tadi lalu tabur sedikit gula.
  7. Susun buah-buahan yang telah dihiris ke atas adunan mengikut citarasa.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan dan hias mengikut citarasa (tabur gula aising diatasnya).

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI