3 Resipi Sambal Tumbuk Asli Sunda Ini Pasti Buat Anda Menangis. Jangan Cuba Jika Tak Berani!

Share

Makanan Indonesia memang trekenal dengan kepedasan serta penggunaan cili yang banyak. Sambalnya pula, perghhh..memang memukau selera dan boleh dikatakan sebagai antara sambal yang terbaik yang boleh kita cuba. Cukup rasa, penuh ciri-ciri asli yang memukau deria. Bagi yang pernah merasainya, pasti tahu penangan sambal negara seberang ni macam mana. Nak cuba? Jom lihat resipi aneka sambal perkongsian dari Restoran Cibiuk, Shah Alam.

1. SAMBAL MERAH CIBIUK

BAHAN-BAHAN :

  • 20 biji cili padi merah
  • 3 biji cili merah | hiris
  • 4 biji bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih | hiris
  • 1cm kencur | hiris
  • 4 biji tomato  | dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kencur  bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
  2. Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah.

KENA CUBA: 

2. RESIPI SAMBAL MANGGA

BAHAN-BAHAN:

  • 15  biji cili padi
  • 4 biji cili merah
  • 4 ulas bawang merah | hiris
  • 1 ulas bawang putih | hiris
  • 1 cm kencur | hiris
  • 4 buah tomato | dadu
  • 1 biji mangga muda | parut
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa

Sederhana Dengan 4 Bahan Siap Satu Hidangan Ikan Selar Masak Berlada Padang

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
  2. Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain buah mangga, anda boleh juga gunakan belimbing buluh.

3. SAMBAL LASANA

BAHAN-BAHAN:

  • 15 cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 4  ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm kencur
  • 1 genggam daun kemangi | hiris halus
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
  2. Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Sambal Lasana sesuai dihidangkan dengan sebagai pencicah ulam-ulaman dan lauk pauk.

CUBA JUGA: 

Published by
Nur