3 Resipi Sandwic Menggoda Persis Jamu Selera Di Kafe Mahal.

Share

Aneka resipi sandwic yang boleh dicuba. Ni bukan sandwic biasa tau. Intinya diperbuat dari kombinasi bahan-bahan terbaik. Jika anda buat dan hidang untuk anak-anak, pastinya licin. Cubalah. Anda pasti sukakannya.

 1. SANDWIC AYAM PANGGANG  

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku roti wholemeal
  • 1 keping dada ayam | dipotong 2-3 inci
  • ½ inci halia |ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih |ditumbuk halus
  • 5gm serbuk lada hitam |ditumbuk halus
  • 5gm herba rosemary kering |ditumbuk halus
  • sedikit minyak bijan
  • Sedikit madu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak zaitun
  • 30gm mayones pedas

BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:

  • 4 – 5 kelopak salad butterhead
  • 5 keping hirisan tomato
  • Sedikit hirisan bawang besar
  • 3 keping hirisan lada benggala merah
  • 3 keping hirisan lada benggala kuning

CARA MEMASAK:

  1. Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas. Tumis bahan-bahan tersebut sehingga ia menjadi sebati.
  3. Panaskan kuali tidak melekat dan panggang ayam tadi hingga masak.
  4. Setelah itu, letakkan di atas roti dan hidangkan bersama salad butterhead, hirisan tomato, bawang besar dan lada benggala.
  5. Paipkan sos, tutup dengan bahagian atas roti sebelah atas dan hidangkan.

 

2. SANDWIC BERSAMA TUMISAN CENDAWAN  

BAHAN-BAHAN: 

  • 1 buku roti serat
  • 5gm  mentega
  • 3 keping keju cheddar |kurang lemak
  • 30gm cendawan tiram  |dicarik
  • 30gm cendawan butang  |dihiris halus
  • 15gm daun ketumbar  |dihiris halus
  • 20gm bawang putih  |dicincang
  • 20ml minyak zaitun
  • 15gm bawang |dipotong dadu
  • 5gm serbuk paprika
  • 15gm mayones pedas

BAHAN-BAHAN SAYUR :

  • 6 kelopak salad butterhead
  • 9 keping hirisan tomato | dibuang biji
  • 15 keping hirisan kecil timun Jepun

CARA MEMASAK:

  1. Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian bakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
  3. Gaul bahan-bahan tersebut dengan minyak zaitun sehingga sebati dan pastikan  cendawan masak. Setelah itu, letakkan di atas roti  bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju.  Sedia untuk dihidang.

 

3. SANDWIC TUNA MAYO PEDAS 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 buku roti serat
  • 5gm  mentega
  • 3 keping keju  cheddar |kurang lemak
  • 1 tin tuna bersama minyak zaitun
  • ½ biji bawang kecil |dipotong dadu
  • 15gm mayones pedas
  • 5gm serbuk lada hitam kasar
  • ½ biji limau nipis |diperah jus
  • secubit garam

 

BAHAN-BAHAN UNTUK SAYUR:

  • 4 – 6 kelopak  salad butterhead
  • 9 keping hirisan tomato |dibuang biji
  • 15 keping hirisan kecil timun jepun

CARA MEMASAK:

  1. Sapu sedikit mentega pada roti, kemudian dibakar di dalam pembakar roti sehingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan tersebut dalam kuali panas.
  3. Masukkan tuna bersama minyak zaitun ke dalam mangkuk. Campurkan bawang kecil yang telah dipotong dadu.
  4. Masukkan pula  mayones pedas dan gaul kesemua bahan sehingga rata.
  5. Taburkn serbuk lada hitam kasar dan garam. Gaul semula hingga rata dan sebati.
  6. Setelah itu, letakkan di atas roti  bersama sayur salad, hirisan tomato, timun Jepun, cendawan dan keju.  Sedia untuk dihidang.
Published by
Nur