3 Resipi Sihat Dari Labu

Share

Labu kuning mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh kerana kaya akan kandungan vitamin dan mineral. Labu kuning kaya khasiat seperti kalium, antioksidan dan vitamin. Nutrisi dalam satu cawan labu kuning rebus tanpa garam antara lain 49 kalori, 1,76 gram protein, 0,17 gram lemak, 12 gram karbohidrat, 2,7 gram serat dan 5,1 gram gula.
Makan secawan labu kuning dapat memenuhi kepeluan vitamin A lebih dari 100 persen, vitamin C 20 persen, vitamin E, riboflavin, kalium, tembaga dan mangan hingga 10 persen, dan lima persen untuk thamin, B6, folat, asam pantotenat, niasin, besi, magnesium dan fosfor.
Jika dengan dimasak labu kuning dapat memberikan manfaat sedemikian besar, tentu labu segar akan memberikan lebih banyak manfaat.
Berikut ini beberapa manfaat labu kuning untuk kesihatan:

1. Rendah kalori dan tinggi serat
Jika anda sedang cuba menurunkan berat badan, labu kuning boleh menjadi pilihan yang tepat untuk dijadikan makanan diet. Selain rasanya yang enak, mirip ubi jalar, labu kuning juga membantu anda menurunkan berat badan kerana rendah kalori dan karbohidrat.
Tidak hanya itu, makan labu kuning akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Hal ini kerana labu memiliki kandungan serat yang cukup tinggi yang berfungsi untuk memlambat kan proses pencernaan. Dengan merasa kenyang lebih lama, maka anda dapat terhindar dari berbagai kudapan yang membuat anda gemuk.

2. Menajamkan penglihatan
Kandungan beta-karoten yang terdapat di dalam labu, menjadikan buah ini kaya akan vitamin A. Beta-karoten, yang akan diubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, berfungsi untuk membantu retina menyerap dan memproses cahaya. Penurunan fungsi retina boleh menyebabkan buta jika tidak ditangani dengan baik.
Selain itu, labu kuning juga mengandungi lutein dan zeaxanthin, dua antioksidan yang boleh membantu mencegah katarak.

3. Mencantikkan kulit
Manfaat labu kuning lainnya adalah merawat kecantikan kulit. Labu kuning kaya akan pelbagai vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang diperlukan tubuh agar tetap sihat dan muda. Lebih dari itu, buah yang satu ini juga mampu menjadikan kulit selalu anjal dan lembut.
Kandungan beta-karoten dalam labu menghasilkan antioksidan yang baik untuk menangkis radikal bebas dan mencegah radiasi dari sinar UV. Itu sebab itu makan makanan yang kaya akan beta-karoten dapat membuat anda lebih awet muda.

4. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Makan labu kuning adalah satu cara memperbaiki system kekebalan tubuh untuk menangkis pelbagai jenis penyakit. Kandungan vitamin A yang banyak mampu membantu tubuh melawan infeksi, virus dan penyakit menular.

5. Mencegah barah
Kandungan beta-karoten yang tinggi pada labu selain untuk mata dan kulit, juga ternyata membantu melawan barah. Penelitian menunjukkan orang yang mengambil makanan yang kaya beta-karoten memiliki risiko lebih rendah terhadap beberapa jenis barah terutama barah prostat dan barah paru-paru.
Selain itu kandungan antioksidan dari vitamin A dan C dalam labu kuning bertindak sebagai pelindung sel dalam tubuh Anda dalam melawan radikal bebas penyebab kanker.

6. Memelihara kesihatan jantung
Kandungan folat, karotenoi dan magnesium di dalam labu kuning membuatnya sangat baik bagi kesihatan jantung anda. Magnesium akan bekerja sehingga dapat menurunkan tekanan darah dan mencegah terjadinya penyakit strok dan serangan jantung. Selain itu, labu kuning juga dapat mencegah terjadinya aterosklerosis iaitu suatu keadaan di mana dinding pembuluh darah arteri mengeras akibat penumpukkan lemak pada dinding dalamnya.

Pelbagai menu boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan tiga resipi yang boleh anda cuba.


PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat

BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega

BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.

Cara membuat sos:
1. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.

Info chef Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa manis butterscotch
Jenis Penyediaan: Kek
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Anggaran harga: RM20


PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
5. Angkat dan ketepikan.

BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.

Saiz Hidangan: 6-7 orang
Waktu Memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20


ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
1. Susun labu di dalam Loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.

Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.

Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan
Jenis Penyediaan: Pencuci mulut
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20

Kredit resipi: Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.

Published by
Putri Adila Saari