Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda sempena cui Deepavali ni..
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm isi ikan jenahak | dihiris
- 2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
- 10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
- 50 gm cili padi hijau
- 120 gm bawang kecil
- 40 gm halia | hiris nipis-nipis
- 5 gm halba
- 10 gm serbuk kunyit
- 200 ml santan kelapa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau.
2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak.
3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa.
4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api.
5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat.
6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak :Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Masakan India
Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
- 50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
- 1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
- 2 sm halia |ditumbuk halus
- 2 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu teh serbuk cili
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1.5 sm halia | ditumbuk halus
- 120 gm bawang putih | dicincang halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
- 1 sudu makan mentega tanpa garam
- 125 gm bawang besar |dicincang halus
- 2 ulas bawang putih / dihiris halus
- 1 biji cili hijau | dihiris haluss
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 25 gm kulit kayu manis
- 3 gm chat masala
- 1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
- 120 gm tomato/dibelah baji
- 40 gm gajus panggang
- 1 cawan krim masakan
- 1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
- garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak
3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya
5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda.
7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit
8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan panggang
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
- 200 gm tepung kacang kuda
- 50 gm serbuk kunyit
- 120 gm serbuk cili
- 50 gm serbuk jintan putih
- 80 gm halia
- 120 gm bawang putih
- Garam secukup rasa
- 30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
- 1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
- 250 gm daun pudina /dikisar
- 100 gm daun ketumbar
- 30 gm serbuk jintan putih
- 150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter
2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI