Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda sempena cui Deepavali ni..
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
Ads
800 gm isi ikan jenahak | dihiris
2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
50 gm cili padi hijau
120 gm bawang kecil
40 gm halia | hiris nipis-nipis
5 gm halba
10 gm serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau. 2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak. 3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa. 4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api. 5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat. 6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak :Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Masakan India Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
2 sm halia |ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1.5 sm halia | ditumbuk halus
120 gm bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam
125 gm bawang besar |dicincang halus
2 ulas bawang putih / dihiris halus
1 biji cili hijau | dihiris haluss
2 sudu teh serbuk ketumbar
25 gm kulit kayu manis
3 gm chat masala
1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
120 gm tomato/dibelah baji
40 gm gajus panggang
1 cawan krim masakan
1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak 3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi 4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya 5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas 6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda. 7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit 8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan panggang Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita Anggaran kos : RM 18
Ads
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
Ads
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter 2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bagi pencinta sambal, resipi Sambal Padang perkongsian saudara Khabbab Jamalludin ni antara yang sangat berbaloi dicuba. Padu betul. Kombinasi sambal yang dihasilkan dari campuran cili padi, cili hijau, cili merah ditambah pula dengan aneka bawang yang banyak memang sangat enak. Memang nikmat tak terkata. Cara nak nikmatinya? Boleh sahaja mengikut selera anda. Andai dimakan bersama Ayam Goreng, Terung Goreng sudah cukup buat anda makan bertambah. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Menu nasi ayam sering menjadi kegemaran ramai, bukan hanya mengenyangkan malah mudah disediakan. Nasi Ayam Thai ini memang wangi baunya bila daun ketumbar dicampur sekali dalam bahannya. Apa lagi jom kita buat.
1. Rebus dulu ayam dengan halia dan akar ketumbar .
2. Apabila mendidih, letakkan kiub ayam.
3. Ayam sudah masak angkat dan ketepikan. Nanti letakkan di atas beras.
4. Ketepikan,kemudian basuh beras.
5. Basuh beras dan letakkan dalam periuk tadi, air disukat menggunakan air yang sama. Jangan terlebih air nanti lembik pula nasi. Air ayam akan keluar semasa merebus jadi sukat lain dan letakkan sedikit garam.
6. Apabila sudah masukkan beras,masukkan daun ketumbar pula. Nasi akan berbau wangi. Kalau nak letakkanminyak/mentega pun boleh. Kemudian letakkan ayam tadi, masak sekali.
7. Biar nasi masak. Tunggu hingga kering.
8. Cara buat sos ialah kisar cili besar merah dengan cili padi merah. Tumis tanpa minyak.
9. Tumiskan bahan kisar tadi,masukkan sos,secukup rasa,gula batu seketul.
10. Sos siap untuk dimakan bersama nasi ayam.
11. Nasi ayam thai siap untuk dihidang.
12. Sambal kicap- potong bawang putih,daun ketumbar,cili padi. Letakkan kicap masin sedikit,kicap kipas udang sikit dan letakkan air limau dan air sikit.
Kredit : Nur Sarah
NAK MEMBELI PERIUK NASI BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
ADA YANG BERMINAT NAK BELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, LIHAT DI SINI
Pulut kuning sentiasa menjadi pilihan jika ada jamuan istimewa bersama keluarga mahupun jiran tetangga.
Lebih-lebih lagi, jika dimakan dengan rendang ayam yang pekat dan sedap. Tetapi jika dibuat untuk meniaga, kenalah rasanya sedap dan tahan lama.
Menerusi perkongsian di Facebook, Salmiah Baharom bermurah hati berkongsi cara untuk menyediakan pulut kuning dan rendang ayam. Malah ini resepi yang sama digunakan untuk buat jualan.
CARA BUAT PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut | cuci dan rendam dengan serbuk kunyit minimum 4 jam sebelum kukus – beli online di sini 3 helai daun pandan ½ kg santan pekat – beli online di sini Garam 1 sudu gula
1. Kukus beras pulut yang dah direndam bersama daun pandan. Sementara pulut masak, panaskan santan dengan api yang perlahan. 2. Kacau jangan berhenti untuk elakkan santan mendidih dan berketul (tak perlu masak sampai mendidih, cukup setakat panas untuk elakkan santan cepat basi dan pulut tahan lebih lama) 3. Masukkan garam dan gula.
1) Fungsi gula bukan untuk memaniskan tapi lebih kepada untuk menyeimbangkan rasa. 2) Lebihkan sikit garam di dalam santan sebab kalau garam setakat ngam-ngam rasanya, bila dah gaul dengan pulut jadi kurang rasa masinnya.
1. Kisar bahan yang bertanda * . Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan. 2. Masukkan bahan kisar. Masak sampai naik minyak. Masukkan santan dan kerisik (tambahkan air panas sikit). 3. Bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng. Masukkan daun kunyit, garam dan perasa. Masak sampai kuah menjadi pekat.