Sempena Ramadan yang bakal tiba, ini ada tiga sambal mantah yang sangat simple dan cepat disediakan boleh anda semua cuba. Ia pedas menyengat dan sedap tak terkata.Ada beraneka jenis sambal yang menjadi kegemaran masyakat Malaysia, selain sambal yang dimasak, banyak juga sambal yang disediakan tanpa perlu dimasak. Rasa tetap sedap.

3 Sambal Mentah Pedas Sedap.

SAMBAL MENTAH IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
15 tangkai cili padi
100gm ikan bilis |sudah dikopek
Sedikit belacan |bakar sekejap
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato |hiris
Sedikit garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Rendam ikan bilis dengan air panas, supaya lembut kemudian toskannya.
  2. Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah dan putih.
  3. Setelah hancur, masukkan ikan bilis dan hirisan tomato.
  4. Tumbuk sekejap, perasakan dengan garam dan gula, gaul rata.
  5. Sambal sedia dihidangkan dengan ulam-ulaman.

3 Sambal Mentah Pedas Sedap.

SAMBAL MENTAH BELACAN
BAHAN-BAHAN:

7 tangkai cili kering
15 biji cili padi
1biji tomato | potong dadu
1 ulas bawang meraah
3cm belacan
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Garam dan gula secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci bersih semua bahan dan toskan kecuali belacan.
  2. Bakar sekejap belacan.
  3. Kemudian tumbuk cili kering dan cili padi.
  4. Setelah sedikit lumat masukkan bawang merah, tomato dan belacan.
  5. Tumbuk lagi hingga semua hancur dan sebati, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali perahkan jus limau nipis, gaul rata, sambal sedia dihidangkan.
3 Sambal Mentah Pedas Sedap.
 

SAMBAL MENTAH KUNDANG
BAHAN-BAHAN:

100 kundang muda
15 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3cm belacan
Garam dan gula secukup rasa

IKLAN

CARA MEMBUAT:

  1. Cuci bersih buah kundang muda, belah dua dan buang bijinya kemudian hiris.
  2. Bakar sekejap belacan, ketepikan.
  3. Tumbuk cili hingga lumat, kemudian masukkan bawang merah.
  4. Setelah lumat, masukkan buang kudang dan tumbuk kasar saja.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sambal sedia dihidangkan.

INFO: Selain kundang anda boleh tukar dengan belimbing buluh atau mangga. Jika tidak mahu belacan boleh tukar dengan ikan bilis. Selamat mencuba

Credit photo &resipi : adahobi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI