3 Variasi Cucur Sedap Untuk Sarapan Pagi & Minum Petang.

Share

Cucur, kudapan ringan sesuai untuk sarapan pagi atau teman kopi minum petang. Tak kira apa isian dalam cucur korang, terpulang pada cita rasa masing-masing. Lagi meriah sayur lagi bagus dan sihat. Kepada korang yang suka cucur, ini RASA kongsikan tiga menu cucur yang sangat sedap diceceh dengan sos cilia tau sambal bilis. Alahai sedapnya.


CUCUR SAYUR
BAHAN-BAHAN:

  • 200gm kobis | cincang halus
  • 1/2 batang lobak merah |cincang halus
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 150 gm tepung beras |ayak
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
  • 2 batang daun bawang |cincang
  • 175 ml atau 3/4 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
  2. Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
  3. Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
  4. Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
  6. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
  7. Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
  8. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
  9. Hidangkan bersama sos cili.


CUCUR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji jagung | hiris keluar isi
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang | mayang halus
  • 4 biji bawang putih | hiris halus
  • 1 biji buah keras | tumbuk halus
  • 2 tangkai daun ketumbar | hiris halus
  • 3 biji cili merah | hiris halus
  • 1 biji telur
  • 100 gram isi udang | hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 1 tangkai daun saderi | hiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk besar.
2. Gaul rata dan sebati, seperti membuat cucur.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Apabila minyak betul-betul panas sudukan bancuhan tadi ke dalam kuali.
5. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
6. Bakwan Jagung sedia dihidangkan dengan sos kegemaran anda.



CUCUR SAYUR BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 200gm keju Mozarella
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit cili benggala | dipotong dadu
  • Sedikit bawang Holland | potong dadu
  • Sedikit garam
  • Sedikit perasa ayam
  • 1 cawan air panas
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1.
Campurkan tepung dengan daun bawang, cili benggala, bawang, serbuk perasa ayam dan garam di dalam mangkuk.
2: Masukkan pula telur, kacau rata, kemudian masukkan air panas.
5 : Ambil keju, kemudian masukkan dalam adunan tepung.
6. Bulatkan adunan tepung dengan tangan.
7: Goreng menggunakan api sederhana supaya cucur tidak pecah atau keju meleleh keluar.

Published by
Norasida Myasin