Teh baik dihidang panas lagi pula yang sejuk berais memang menyegarkan dalam setiap hirupan. Tidak seperti kopi, kandungan tanin dan zat anti oksidannya lebih mudah dinikmati oleh semua orang.

Tapi Min bukan nak cerita pasal khasiat teh ya, tapi pelbagai cara hidangan teh yang mampu memukau deria rasa anda.

1.TEH THAI

4  Resipi Bancuhan Teh , Buat Anda Jadi “Ketagih”.
Foto : eatingthaifood.com

BAHAN-BAHAN:

  • Satu uncang teh thai/ teh hitam
  • Air panas
  • Susu isian penuh (evaporated milk)
  • Ais | (ketulan ais kecil)
  • Gula pasir
  • Bunga lawang
  • Kayu manis

CARA BANCUHAN :
1. Masukkan satu uncang teh hitam dan gula pasir ikut citarasa kesukaan anda dalam satu gelas.
2. Kemudian tuangkan air panas 3/4 gelas. Biarkan ia terendam selama 30 minit.
3. Semakin pekat tehnya, rasanya akan lebih ‘padu’ lagi.
4. Tambahkan susu sampai gelas penuh. Kacau dan goncang lalu tambahkan bunga lawang dan kayu manis untuk rasa rempahnya
5. Supaya minuman lebih menyegarkan boleh tambahkan ketulan ais.
6. Minuman teh Thai sedia dinikmati

IKLAN

2. SMOOTH SWEET TEA (TEH CAMPUR BAKING SODA)

4  Resipi Bancuhan Teh , Buat Anda Jadi “Ketagih”.
Foto : medium.com

*Jika anda mahukan teh terasa ringan tanpa ada campuran rasa pahit campurkan secubit baking soda di dalam bancuhan teh.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 uncang teh
  • Secubit baking soda
  • Air panas
  • Gula pasir
  • Ketulan ais

CARA BANCUHAN :
1. Masukkan secubit baking soda dalam gelas.
2. Masukkan satu uncang teh dan tuangkan air panas.
3. Masukkan gula secukupnya (ikut citarasa, dan kacau)
4. Masukkan beberapa ketulan ais, atau dinginkan dalam peti sejuk.

3.TEH LAICI

4  Resipi Bancuhan Teh , Buat Anda Jadi “Ketagih”.
Foto : dapple.com.my

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • Beberapa biji laici ( boleh juga laici dalam tin)
  • 1 uncang teh
  • Gula pasir
  • Ketulan ais

CARA BANCUHAN :
1 . Kupas atau keluarkan buah laici dari dalam tin, lalu masukkan ke dalam satu gelas.
2. Masukkan satu uncang teh, lalu tuangkan air panas. Biarkan rendam selama 5 minit dan buang uncang teh.
3. Masukkan ketulan ais.
4. Sedia untuk diminum.

4. TEH HIJAU LATTE

4  Resipi Bancuhan Teh , Buat Anda Jadi “Ketagih”.
Foto : gryphonetea.com

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu teh serbuk matcha atau 1 uncang teh hijau
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu isian penuh (evaporated)
  • Gula pasir

CARA BANCUHAN :
1. Jika anda menggunakan serbuk matcha, masukkan 1 1/2 sudu teh ke dalam cawan, lalu campurkan 1 sudu makan air panas.
2. Tetapi jika menggunakan uncang teh, anda boleh menuangkan air panas setengah cawan ke dalamnya, dan biarkan selama 5 minit.
3. Sementara itu, panaskan susu isian penuh kira-kira setengah cawan. Tambahkan gula tetapi jangan sampai mendidih.
4. Kacau susu sampai berbuih dengan mengacaunya dengan garpu seperti membuat telur dadar.
5. Setelah itu campurkan susu ke dalam cawan teh tadi.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI