
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:

- Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
- Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
- Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Diet Tanpa Nasi? Nampak Sukar, Tapi Bila Sudah Melakukannya Akan Terasa Nikmat

Bagi sesetengah orang, penampilan masih menjadi hal utama dalam kehidupannya. Jika tubuh terasa lebih di sana sini, pelbagai cara mahu anda lakukan. Banyak cara diet yang boleh membuat anda semakin bingung memilihnya. Diet dan hasilnya boleh membuat tercengang ialah dengan diet tidak makan nasi.
1. Sebelum memulakannya, semangat adalah paling utama
Untuk memulai segala hal, agar mendapat kejayaan yang setimpal anda perlu memiliki semangat yang kuat. Ini kerana dalam proses diet itu, akan banyak godaan yang menghalang dari turunnya berat badan, cacian daripada orang sekeliling, dan godaan terbesar ialah makanan enak. Oleh sebab itu, anda perlu bertekad yang tak boleh dikalahkan, untuk mendapatkan tubuh ideal.
2. Nasi memang bahan makanan utama, tapi tak wajib untuk dimakan
Padahal, sebelumnya sudah memakan banyak makanan yang karbohidratnya lebih tinggi dari sepiring nasi, tapi masih merasa belum makan. Cubalah untuk diet tak makan nasi. Jika dibayangkan pasti akan terasa berat. Dalam hati akan banyak kerisauan melanda sebelum melakukannya. Apakah sakit perut kalau tidak makan nasi? Jangan terlalu banyak berfikir, mula lakukan dengan memberi pantang pada satu makanan iaitu nasi.
3. Meski sayur dan buah hanya dilihat sebelah mata, tapi ia akan memberi anda tenaga setiap hari
Karena tidak makan nasi, anda perlu mengganti makanan yang masuk ke dalam tubuh agar badan tetap kuat dalam menjalani hari. Anda boleh makan buah pada pagi harinya. Buah apa saja asalkan bukan buah yang memiliki kandungan karbo atau glukosa yang tinggi, misalnya durian, avacado dan manggis. Pilih saja buah-buahan seperti epal, betik, pisang, pear atau belimbing. Dan untuk siang harinya, makanlah secara lengkap sayur dan lauk asalkan tetap tanpa nasi. Kurangkan juga makanan berlemak. Untuk malam harinya, anda boleh makan buah kembali.
4. Mulai sekarang jadikan air putih sebagai minuman kegemaran setiap minit
Gantilah minuman soda atau kopi , teh manismu dengan segelas air putih. Air putih juga boleh memberi kesan kenyang di tubuh, sehingga anda tidak makan makanan terlalu banyak. Banyak daripada kita yang tak suka air putih, namun setelah membiasakan diri untuk meminumnya setiap hari dengan tekun, hasilnya menakjubkan. Air putih murah harganya, tapi besar manfaatnya.
5. Untuk memiliki muka manis, tak perlu selalu makan makanan manis
Mahu jadi tambah manis? Bukan bererti perlu makan banyak makanan manis. Dengan mengurangkan makanan manis boleh membantu diet untuk segera tercapai. Entah bagaimana?, biasanya orang-orang yang bertubuh gemuk sangat menyukai makanan manis secara berlebihan. Maka, mulai dari sekarang berhenti makan makanan manis.
6. Senaman murah, tak akan membuat anda rasa sukar
Diet tak akan sempurna jika tak disusuli dengan senaman. Mulailah dengan senaman yang sederhana. Tak usah harus ke gym center, anda boleh senaman di rumah saja dengan cara yang sederhana. Banyak tutorial yang boleh membantu anda. Cukup luangkan waktu 30 minit sehari agar otot terbentuk tak menggelebeh.
Dengan membiasakan diri tak makan nasi, lama-lama menjadi gaya hidup sihat yang menjadi kebiasaan. Kalau dapat kurus anggap saja bonus, yang penting badan sihat dan tubuh segar.
Dapur Bau Busuk Selepas Memasak? Ini Cara Mudah Segarkan Udara Guna Lemon.

Dapur ibarat ‘pejabat’ bagi kalangan ibu-ibu. Disini, banyak masa dihabiskan bagi menyediakan hidangan enak buat keluarga. Namun, dari aktiviti memasak ini, adakalanya meninggalkan bau yang kurang enak kesan daripada bau tumisan dan sebagainya.
Pelbagai alat serta cara digunakan bagi memberikan rasa selesa di dapur seperti penggunaan kebuk asap dan sebagainya. Namun bagi yang tiada kemudahan ini, ada cara semulajadi yang boleh dicuba untuk memulihkan masalah ini.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan buah lemon segar. Rebus lemon dengan air secukupnya kemudian biarkan air rebusan terdedah supaya kesemua aroma meresap masuk ke segenap ruang dapur. Aroma segar yang dikeluarkan ini akan membuat dapur menjadi segar. Malah kosnya juga jauh lebih murah. Cara ini juga berkesan dan sesuai digunakan di ruang-ruang lain seperti di ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air.

Petua Jeruk Mangga Krup Krap Tak Cukup Sebalang

Memang sedap makan jeruk mangga, lagi-lagi bila makan masa waktu hujan sambil layan drama kegemaran haihhh tak sedar dah habis sebalang! Tapi kena pastikan jeruk tu ranguplah baru sedap. Rupanya ada petua khas untuk buat jeruk mangga kekal rangup. Petua yang dikongsikan oleh Akma Razali di Facebook sangat membantu untuk saya buat jeruk mangga sendiri di rumah tanpa perlu tunggu orang ketuk tingkap kereta semasa berhenti di lampu isyarat. Jom kita cuba petua ni.
PETUA JERUK MANGGA KRUP KRAP

BAHAN-BAHAN:
6 biji mangga muda
Air bertapis
Garam kasar 2 genggam
Cuka setengah botol
400 gm gula
CARA PENYEDIAAN:
Buang kulit mangga dan cuci bersih
Potong mangga mengikut citarasa sendiri
Sediakan bekas yang bertutup kedap udara
Masukkan air bertapis mengikut paras kuantiti buah dalam bekas
Masukkan garam kasar 2 genggam dan cuka
Kacau sebati tak perlu kacau terlalu ganas cuma pastikan cuka dan air tadi sebati bersama
Tutupkan bekas dan biarkan semalaman tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk
Buang air rendaman tetapi tak perlu bilas jeruk mangga.
Masakkan gula.
Masukkan jeruk mangga tadi ke dalam balang. Biarkan air gula tadi betul-betul sejuk baru tuang ke dalam balang jeruk tadi dan biarkan lagi semalaman dan di dalam peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Akma Razali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Telur Cili Kering Berempah Yang Mudah Dan Jimat Masa Di Dapur!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

